Spark Nauza
Telan kesilapan diri sendiri
Tak ada isu siapa tikam belakang siapa seperti didakwa... isunya Rafizi sendiri gagal kawal emosi bila tak berpuas hati dengan keputusan Cabang.
Dulu beberapa bulan dulu tepatnya 1 Mac Anwar Ibrahim dah sebut ' bagi laluan mudah untuk rafizi' mengambarkan dia mahu kerjasama Presiden-Timbalan diteruskan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1367452/pemilihan-pkr-biar-rafizi-diberi-laluan-mudah-anwar
Beberapa minggu lalu Rafizi selepas berlaku pemilihan Cabang.. Rafizi dilapor media untuk ambil cuti,,..dan diserang kanan kiri ketika itu pun Anwar masih backup.
https://www.sinarharian.com.my/article/726308/berita/nasional/tiada-isu-rafizi-cuti-lama---anwar
Namun ketika timbul spekulasi mengenai status jawatan Timb Presiden.. dia tak segera menjawab... dia mahu main teka teki.
Malah Rafizi sendiri menyatakan kesediaan untuk tidak bertanding
https://utusantv.com/2025/05/07/rafizi-luah-hasrat-tidak-bertanding-timbalan-presiden-pkr-lepas-jawatan-kabinet/
Kemudian datang cadangan dari akar umbi.. supaya Nurul Izzah bertanding... Cadangan Nurul Izzah bertanding dapat sokongan lebih 200 Cabang...
https://malaysiagazette.com/2025/05/06/nurul-izzah-pula-dicadang-galas-jawatan-timbalan-presiden-pkr/
https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/201-ketua-cabang-pkr-nyata-sokongan-terbuka-kepada-nurul-izzah
Kenapa itu berlaku, kerana Rafizi masih berteka-teki sama ada mahu bertanding atau tidak.
Mac, Nurul Izzah dah umum awal bahawa dia akan bertanding jawatan Naib Presiden.
https://www.hotfm.audio/nurul-izzah-sertai-persaingan-naib-presiden-pkr/
Jadi.. selepas semua sokongan, dan bagi menutup kelopongan sebab sikap Rafizi yang suka jadi primadona politik.. adakah Nurul Izzah salah?... atau kita yang salah menyalahkan orang yang tak salah?
Kalau lah aku jadi Rafizi.
Sebaik nurul Izzah umum bertanding... aku akan umum tak bertanding.
Aku guna alasan untuk fokus kepada kementerian.
Itu lebih bermaruah dari naik atas pentas, buat hiruk pikuk dan menghalakan salah pada orang lain.
Kesimpulan
Kembali kepada tarikh 1 Mac - Anwar saran beri laluan kepada Rafizi....Dan 15 Mac , Nurul Izzah nyata hasrat bertanding Naib...
Akhirnya kita dpt lihat sapa yang buat percaturan salah.

No comments:
Post a Comment