Kemunculan Rafizi di kongres disambut laungan reformasi
SITI NUR ZAWANIMay 23, 2025
Kemunculan Rafizi Ramli di Kongres Nasional PKR di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Persada malam ini disambut dengan laungan reformasi yang bergema
seluruh dewan.
Kehadiran beliau itu di tengah-tengah khabar yang mula tersebar bahawa
beliau tidak dapat mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden.
Pun begitu kehadirannya disambut dengan sorakan anggota ketika menuju ke
pentas utama.
Menggayakan baju Melayu berwarna biru muda, Rafizi mengambil tempat
duduk di sebelah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehingga waktu ini, keputusan tidak rasmi yang dilaporkan media-media
mendakwa Ahli Parlimen Pandan itu tewas kepada Nurul Izzah.
Tidak pasti bila keputusan rasmi akan diumumkan.
No comments:
Post a Comment