HATI HATI DENGAN SOP KHAWARIJ

 

UST FAIZ FATEH


Hati-Hati Dengan SOP Khawarij 


Alhamdulillah setelah SS. Mufti Wilayah SS.Mufti Penang juga bersuara


Hakikatnya isu ini dipolitikkan oleh puak Khawarij


Sepertimana zaman dahulu pemimpin Islam Sahabat Nabi disesatkan puak Khawarij untuk dijatuhkan kerana gilakan kuasa 


Modus Operandi Khawarij Moden juga sama. Mereka begitu gigih menyesatkan umat Islam bermula pemimpin Muslim sampai orang yang tidak bersama puak mereka. Sedangkan ia isu khilafiyah.


Jika kalian perasaan tahun 2018 apabila org Parti mereka menggunakan Kristian merujuk kepada Nasoro tidak timbul sebarang isu. Namun tahun 2023. Kerana seorang pemimpin bukan dipihak mereka. Maka disesatkan dan dikafirkan. 


SOP Mereka: 

1- Cari Pendakwah atau Tuan Tuan Guru Tua yang berpengaruh


2- Mereka ini akan diberi input yang salah. Supaya mereka melenting dan memberi hukum dengan salah.


3- Apabila rakaman dibuat. Maka ahli akan digerakkan untuk menyebarkan dengan naratif yang sama. 

" Haaa tengok pemimpin dah sesat!!" 

"Apa nak jadi dengan negara kita" 

" Pemimpin dah liberal! Sekular! Maknanya dia dah kafir dan sesat!! " 

"Tengok ulama sendiri cakap" 


4- Mereka gunakan ucapan ucapan tok guru untuk menaikkan emosi masyarakat awam


5- Lebih menakutkan golongan golongan yang mengatur ini graduan pengajian Islam.Berserban berjubah. Bahaya


6- Maki hamun dengan kalimat sesat, liberal, sekular sedia mereka talqinkan di meja meja kuliah dan medsos


7- Fake Fake akaun untuk masuk, gaya komen jelas orangnya graduan pengajian Islam. Namun terus menerus memaki dan melabel dengan matlamat supaya masyarakat takut dengan Ust yang berani menerangkan yg hak


Ustaz Ustaz Pelabel Penyesat orang Islam ini perlu dijauhkan masyarakat untuk menyelamatkan agama mereka. 


Matlamat mereka hanya kekuasaan dan menjatuhkan orang dan mengelirukan masyarakat bukan hidayah kepada Allah. 


Cukuplah (Tidak konsisten) mereka dalam mengulas hukum dan menyesatkan orang Islam bahawa mereka sedang menggunakan agama untuk kepentingan mereka.



No comments: