SHAM GHAZ
Ulasan pasal Forum Kerajaan Negeri dengan Dewan Perniagaan
Melayu - Cina Kelantan.
Kerajaan Negeri diwakili oleh Dato Mohd Amar dan Dato Hanifa.
Nota; Forum malam tadi saya tonton dari awal sampai akhir
Pandangan saya kedua panel;
• Panel tidak menjawab soalan secara tepat (mutar), akhir sekali
akan jawab itu keputusan dasar dan akan bawa ke Mesyuarat Exco dulu.
• Tiada idea baru untuk pembangunan Negeri, stereotaip cara lama
kecuali naikan cukai/lesen. Dan buat benda sedia ada dah.
• Masalah yang dibangkitkan oleh audience tidak dapat dijawab
dan diselesaikan.
• Ringkas cerita kerajaan Kelantan takda pemikir yg bagus untuk
majukan Kelantan dari sudut ekonomi, pentadbiran, sumber baru dan sosial.
Sedikit catitan point - point dari YB Dato Mohd Amar dan Yb Dato
Hanifa; malam tadi;
• 17.9 ekar tanah di Tunjong akan dibuat KB Central….. - Dato
Hanifa
• Airport Pengkalan Chepa akan jadi International Airport, dalam
proses & peringkat ASEAN dulu…. - Dato Hanifa
• Ada kerja kosong di Ladang Sawit (ganti Indon & Bangla)
walaupun gaji mahal Anak Kelate tak minat…. - Dato Mohd Amar
• Anak Kelate KURANG MINAT kerja dalam Negeri…. - Dato Mohd Amar
• Jem di Kelate setiap kali musim perayaan takleh lari…. - Dato
Mohd Amar
• Kedai Tutup waktu Cuti Aidiladha sebenarnya untuk PASARAYA
sahaja…. Dato Mohd Amar
• AIR ASIA tarik balik cadangan asal nak buka Regional Hub di
Kelantan, lokasi dicadangkan di Sg Bagan, Machang… - Dato Mohd Amar
• RM 9 Juta bantuan Kerajaan Negeri ke 45 DUN/YB iaitu RM200,000
setiap Tok Wakil/Dun untuk bantu Usahawan Muda terjejas Covid… - Dato Hanifa
• Ore nak Panggung Wayang ni sebab Mat Kilau jah, lepas habis
Mat Kilau ni?
Kelantan Kekal tidak buka panggung wayang. - Dato Mohd Amar
• Cukai/Lesen Rumah Burung Walit daripada RM150 kepada RM8,000
di Kuala Krai… - Pengusaha Sarang Burung Walit Kuala Krai
Peserta forum kebanyakan bertanya;
1. Nak tukar hakmilik mahal dan ambil masa lama
2. Nak tukar nama non Malay ambil masa 1 tahun
3. Nak kawasan Industri Besi Baru
4. Bandar Perabot Gua Musang
5. Litar Lumba
6. Permudahkan lesen niaga
7. Bantuan usahawan ore muda
8. Kauta non malay kena banyak setiap kawasan
9. Mesyuarat Exco lambat lulus tanah ore luar kelantan/non
malays
10. Lesen Burung Walit naik
11. Tarik pelaburan China
12. Nak kawasan berbasikal
13. Nak kawasan perabot SME di KB
14. One stop center tempat lapor masalah
15. Isu jalan kecil, longkang/Parit
16. Buka kawasan Industri baru lengkap air, elektrik, jalan
Sebagai rakyat Kelantan yang sayangkan Negeri Kelantan, apa
pandangan anda tentang level Exco Kelantan dalam bab ni;
• Reputasi
• Prestasi
• Kredibiliti
• Karakter
• Level of Thinking
Ayuh Selamatkan Kelantan
Syam Ghaz