UCAPAN PM DI PERHIMPUNAN KEMENTERIAN KEWANGAN.

 







Dalam amanat semasa perjumpaan dengan warga Kementerian Kewangan pagi tadi, saya sempat menyinggung kepentingan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan. 


Sebagai usaha memperbetul semula struktur ekonomi negara, Kerajaan MADANI telah menggubah beberapa kerangka dan kertas dasar bagi meraih lonjakan pertumbuhan ekonomi yang bermakna. 


Saya mengingatkan semua agar kekal tekad dan cekal dalam melaksanakan kerja dengan baik dan tangkas.


Selain itu, saya juga tekankan kita sebagai rakyat Malaysia harus sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dan keterbukaan minda. Ini bukannya bermaksud kita sentiasa mengubah haluan. Sebagai contoh, kita harus kekal dengan pendirian kita dalam menyokong Palestin. Namun, ekspresi sokongan itu perlu dibawa dengan diplomasi yang tegas dan konsisten.


#MalaysiaMADANI



No comments: