Kenyataan Media Timbalan Pengerusi Keadilan Negeri Johor

 



Kenyataan Media Timbalan Pengerusi Keadilan Negeri Johor

Intimidasi Politik Ke Atas Dr Maszlee Malik

1. Saya telah membaca berita mengenai Dr Maszlee Malik sedang disiasat SPRM kerana terima rasuah ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan.

2. Rakyat mempersoalkan, mengapa kes ini tidak timbul dahulu? Mengapa siasatan SPRM tiba-tiba muncul ditengah-tengah bahang pilihanraya negeri Johor akan diadakan tidak lama lagi dan kebetulan nama Dr Maszlee Malik juga disebut-sebut kemungkinan sebagai calon PH untuk Menteri Besar Johor?

3. Seolah-seolah terdapat campur tangan politik yang ingin mengacau fokus Keadilan Johor dan melakukan intimidasi politik ke atas Dr Maszlee Malik.

4. Amat mengecewakan, apabila kes yang melibatkan Azam Baki sehingga kini tidak pun disiasat sebaliknya Ahli Politik daripada PH pula yang disiasat bermula dengan YB Sivarasa dan yang terbaharu Dr Maszlee Malik.

5. Namun, saya memuji sikap Dr Maszlee Malik yang tenang mengalu-alukan siasatan dijalankan, inilah prinsip berani kerana benar dan saya cukup yakin siasatan ini sama sekali tidak akan melunturkan semangat Keadilan Johor menghadapi PRN Johor!

Lawan Tetap Lawan!

Sdr. Jimmy Puah

Timbalan Pengerusi Keadilan Negeri Johor

31 Januari 2022, Isnin

#KEADILAN