KENAPA SEKARANG BARU NAK SIASAT






Aku senyum je baca berita ni. Siasatan yang boleh diragukan. Tapi bukan aku kata tak mungkin Dr. Maszlee rasuah. No way! Dia bukan malaikat. Tapi ada beberapa perkara yang aku tertanya.

Pertama, Dr. Maszlee sudah pulangkan jawatan Menteri Pendidikan lebih 2 tahun rasanya. Kenapa baru sekarang nak disiasat? Kenapa baru sekarang laporan dibuat? Kerajaan pun dah dua kali tukar.

Apakah memang cara SPRM bekerja, siasat kes selepas 2 tahun. Jadi mungkinlah kes Azam Baki akan disiasat 2 tahun lagi. Patutlah sekarang ini macam tiada siasatan apa pun. Mungkinlah.

Dan lagi yang peliknya, selepas Dr. Maszlee hadir ke acara penyerahan memo berkenaan kes Azam Baki oleh AMK baru perkara ini jadi isu. Adakah ini satu kebetulan yang disengajakan?

Seolah SPRM nak beri isyarat kepada semua, kalau kamu cuba usik aku, aku boleh cari pasal dengan kamu. Atau, kalau orang macam Dr. Maszlee pun aku boleh carikan kes, apa lagi orang yang lain.

Dengan perkara yang berlaku di SPRM baru-baru ini, aku rasa dungu kalau nak percaya tindakan SPRM secara buta tuli. Tapi tak apa. Kita biarkan SPRM buat kerja mereka. Cuma rakyat hari ini tak bodoh. Kita tunggu hasil siasatan dan kita nilai sendiri.

Mungkin inilah yang Khairuddin Aman Razali kata mesra Islam. Pendakwaan terpilih. Malah mungkin tuduhan yang diada-adakan. Aku berdoa supaya semua manusia curang dilaknati Allah selamanya.

Raja Gelap