Pengguna CIMB Dakwa Akaun Bank Ada Masalah, Terpaksa
Bayar Hutang ‘Tak Wujud’ Lebih RM28K
Menurut NST, CIMB memaklumkan terdapat masalah
pemprosesan pada sistem perbankan mereka sehingga menyebabkan beberapa akaun
pengguna dibekukan.
BY AHMED FAEZ
JANUARY 27, 2022
Dapatkan
isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!Follow Kami
CIMB menghubungi kami dan memaklumkan
masalah ini berlaku akibat masalah pemprosesan.
Seorang pengguna Twitter, @pundetaguna
meluahkan rasa kecewanya selepas berdepan situasi kewangan yang tidak dijangka
apabila dipaksa membayar sejumlah RM28,490.23 kepada Bank CIMB.
Dia menerusi satu ciapan menjelaskan pada mulanya ada menerima
satu mesej yang memaklumkan akaun bank miliknya akan akan ditolak dengan
sejumlah wang besar bernilai RM28,500.90 bermula
2 Februari 2022.
Menyangkakan ia hanyalah satu mesej ‘tidak penting’ dia
bagaimanapun tergerak hati untuk menyemak akaunnya menerusi CIMB Clicks sebelum
mendapati dia mempunyai baki negatif sebanyak RM28,490.23.
Ini bermakna dia ketika ini sedang berhutang
dengan bank sebanyak itu.
Terkejut dengan jumlah tersebut, dia kemudian bertindak
melaporkannya kepada pihak CIMB namun dari jawapan yang diterima, transaksi dan
jumlah berkenaan adalah sahih justeru dia perlu membayarnya kepada pihak bank.
Oleh itu pihak bank telah membeku dana berkenaan dan akan
mendebit semula wang itu sebagai pembayaran kepada CIMB.
Lebih mengecewakan apabila pihak CIMB memaklumkan dia perlu
membayar wang tersebut meskipun individu ini bertegas yang dia tidak pernah
menerima wang tersebut.
—
manap.exe (@pundetaguna) January
27, 2022
Ratusan atau ribuan pengguna berdepan perkara sama, ada yang
cecah RM 103k
Carian kami di Facebook CIMB mendapati terdapat sejumlah
pengguna yang turut berdepan perkara sama.
Bahkan lebih teruk, ada yang menerima mesej mendakwa mereka
mempunyai hutang lebih RM130,000 kepada bank tersebut.
Bahkan ada yang mendakwa akaun mereka turut dibekukan ekoran
dari perkara tersebut.
Isu ini menyebabkan ruangan komen CIMB teruk diserang netizen
yang mahukan jawapan dan penjelasan tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku.


CIMB maklumkan ada masalah
pemprosesan
Menerusi laporan NST, CIMB
kemudian memaklumkan terdapat masalah teknikal pemprosesan pada
sistem perbankan mereka yang menyebabkan sebilangan kecil akaun pengguna
dibekukan.
Mereka bagaimanapun akan menghubungi pelanggan yang terkesan
bagi menyelesaikan isu berkenaan secara adil dan terurus.
Tambah CIMB lagi, pelangan yang terkesan juga boleh menghubungi
mereka di 03 2295 6188 untuk penjelasan dan perbincangan lanjut.
No comments:
Post a Comment