Aku senyum je baca berita ni. Siasatan yang boleh diragukan.
Tapi bukan aku kata tak mungkin Dr. Maszlee rasuah. No way! Dia bukan malaikat.
Tapi ada beberapa perkara yang aku tertanya.
Pertama, Dr. Maszlee sudah pulangkan jawatan Menteri Pendidikan
lebih 2 tahun rasanya. Kenapa baru sekarang nak disiasat? Kenapa baru sekarang
laporan dibuat? Kerajaan pun dah dua kali tukar.
Apakah memang cara SPRM bekerja, siasat kes selepas 2 tahun. Jadi
mungkinlah kes Azam Baki akan disiasat 2 tahun lagi. Patutlah sekarang ini
macam tiada siasatan apa pun. Mungkinlah.
Dan lagi yang peliknya, selepas Dr. Maszlee hadir ke acara
penyerahan memo berkenaan kes Azam Baki oleh AMK baru perkara ini jadi isu. Adakah
ini satu kebetulan yang disengajakan?
Seolah SPRM nak beri isyarat kepada semua, kalau kamu cuba usik
aku, aku boleh cari pasal dengan kamu. Atau, kalau orang macam Dr. Maszlee pun
aku boleh carikan kes, apa lagi orang yang lain.
Dengan perkara yang berlaku di SPRM baru-baru ini, aku rasa
dungu kalau nak percaya tindakan SPRM secara buta tuli. Tapi tak apa. Kita
biarkan SPRM buat kerja mereka. Cuma rakyat hari ini tak bodoh. Kita tunggu
hasil siasatan dan kita nilai sendiri.
Mungkin inilah yang Khairuddin Aman Razali kata mesra Islam.
Pendakwaan terpilih. Malah mungkin tuduhan yang diada-adakan. Aku berdoa supaya
semua manusia curang dilaknati Allah selamanya.