Jadikan Ku Li penasihat PH-BN, rampas Kelantan
Seorang pemimpin veteran Kelantan telah menyeru agar agar tokoh veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang lebih dikenali sbagai Ku Li dilantik sebagai penasihat gabungan PH-BN untuk merampas kembali negeri Kelantan daripada Pas.
“Ku Li kekal sebagai pengaruh yang kuat dalam politik negeri Kelantan,” kata mantan pengerusi AMANAH Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
“Penyertaan beliau bersama kita akan membantu terutamanya dalam menjelaskan persepsi buruk yang digambarkan oleh parti lawan.
“Ku Li juga telah membuktikan kewibawaannya dengan memastikan kerusi DUN Nenggiri kembali ke tangan UMNO,” tambahnya lagi.
Beliau berkata begitu dengan merujuk kepada PRK Nenggiri yang menyaksikan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang merupakan ketua pemuda UMNO Gua Musang menewaskan calon Perikatan Nasional Mohd Rizwadi Ismail dengan majoriti 3,352 undi.
Rahim mengakui misi menumbangkan Pas di negeri Cik Siti Wan Kembang adalah sukar memandangkan Pas membentuk kerajaan di situ sejak 1990.
Walau bagaimanapun, beliau yakin bahawa perpaduan UMNO dan PH boleh menumbangkan Pas.
Usaha bersama diperlukan daripada semua parti pembangkang di Kelantan untuk menghantar mesej bahawa Pas lepas tangan dalam menguruskan negeri tersebut.
Kepimpinan Ku Li di dalam gabungan UMNO-PH dijangka akan mampu meneutralkan Pas, katanya.
Kepimpinan Pas Kelantan berdepan dengan pelbagai isu.
Menteri Datuk Mohd Nassuruddin Daud gagal mencipta peluang pekerjaan baharu untuk golongan muda dan juga tidak menyerlah dalam menyelesaikan masalah banjir semasa musim tengkujuh.
Kumpulan exco negeri juga adalah pimpinan baharu yang kurang berpengalaman.
No comments:
Post a Comment