Setelah banyak kali gagal siap stesen bas bersepadu, senator Pas tanya kenapa Pusat tak bina
Setelah projek pembinaan Terminal Bas Kota Bharu (KB Sentral) tertangguh lebih 13 tahun, seorang senator Pas bertanyakan mengapa tidak Kerajaan Persekutuan membina kemudahan infrastruktur pengangkutan itu.
Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff hari ini melontarkan soalan tersebut yang sekaligus mengundang kritikan dan sindiran orang ramai.
“Adakah tanggungjawab kerajaan negeri untuk membangunkan terminal bas bersepadu? Kenapa tidak Kerajaan Pusat membangunkan terminal bas bersepadu di Kelantan?
“Di Kelantan, tidak ada terminal bas bersepadu yang canggih dan sofistikated seperti yang ada di ibu negara.
“Kenapa tidak Kerajaan Pusat yang membangunkan terminal bas bersepadu bagi negeri Kelantan,” ulangnya lagi di Dewan Negara hari ini.
Susulan itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dalam maklum balas beliau berkata, sudah tentu menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk membina terminal bas bersepadu.
Walau bagaimanapun, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing berperanan untuk membangunkan terminal bas.
“Secara praktisnya, memang (pembinaan) terminal bas bersepadu itu di bawah (tanggungjawab) negeri terutamanya PBT masing-masing.
“Ini termasuk di kawasan saya di Seremban pun, terminal bas bukan bawah Kementerian Pengangkutan.
“Ia dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan pembangunaan dan pelaburan oleh pelabur swasta.
“Bukan saja Kelantan, semua negeri pun Kerajaan Persekutuan tiada peruntukan untuk membina terminal bas bersepadu.
“Memang ia kerjasama antara kerajaan negeri dan PBT. Ini terpakai di semua negeri,” jelas Loke.
Susulan pertanyaan senator Pas berkenaan, rata-rata hairan dengan kualiti dan keupayaan pemimpin Pas memahami skop kuasa antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
Warganet juga dilihat meninggalkan sindiran pedas yang menyebabkan walaun panas dengan tanda pagar #nakmundurpilihpas.
Pada masa ini, Kelantan hanya ada terminal bas sementara di Lembah Sireh, Kota Bharu yang telah beroperasi sejak 2011.
Kedaifan fasiliti itu menyebabkan ketidakselesaan kepada pengguna selain menjadi bahan cemuhan dan jenaka dalam kalangan masyarakat.
Projek pembinaan Terminal Bas Kota Bharu (KB Sentral) yang tertangguh lebih sedekad mengundang sindiran terhadap janji kerajaan negeri.
Pada Mac 2024, kerajaan negeri mengumumkan bahawa terminal tersebut dijangka siap pada 2027, setelah tarikh jangkaan siap itu ditukar sebanyak tiga kali.
Malah, netizen menganggap terminal bas lama di Kota Bharu yang dibina pada era 1980-an adalah lebih moden dan berfungsi lebih baik berbanding terminal sementara yang digunakan sekarang.

No comments:
Post a Comment