Adalah amat wajar penekanan Anwar itu terhadap mereka yang ingin menggunakan sentimen perkauman, agama, atau isu-isu sensitif lainnya sebagai alat untuk meraih sokongan politik. Foto kecil Abul Jais Ashfaq Ahmed
PENDAPAT, 8 Mar – Teguran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka kepada mana-mana pihak yang cuba menghasut demi kepentingan politik wajar diberi perhatian ekoran beberapa insiden yang berlaku baru-baru ini.
Teguran ini diberikan berikutan tindakan segelintir individu yang memainkan isu-isu sensitif dalam usaha meraih keuntungan politik sempit yang dikhuatiri boleh menggugat keharmonian dan kestabilan negara.
Anwar menegaskan bahawa sebarang tindakan yang cuba membangkitkan kebencian atau perpecahan di kalangan rakyat harus dihentikan segera demi keharmonian kaum dan keamanan negara.

Peringatan Perdana Menteri bahawa isu agama tidak boleh dijadikan senjata politik kerana tindakan sedemikian seperti membakar diri sendiri amat tepat pada masanya.
“Di bulan Ramadan dan hari Jumaat yang mulia ini, kita mahu memberi pandangan serta nasihat kepada rakyat agar tidak melanggar jalur, peraturan dan hukum (berhubung isu kaum serta agama).
“Terutama pimpinan mana-mana parti atau masyarakat, jangan menggunakan isu ini untuk kepentingan peribadi kerana jika diteruskan, ia akan membakar dan memusnahkan rakyat,” katanya.

Malah dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil turut mengulangi arahan Anwar agar mengarahkan pengambilan tindakan tegas itu dengan cepat, berkesan serta tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut menggunakan isu perkauman atau agama.
Dalam pada itu, beliau menekankan bahawa semua pihak termasuk ahli politik, pemimpin masyarakat, dan media, perlu bertanggungjawab dalam menyemai nilai-nilai perpaduan dan kestabilan negara.
Adalah amat wajar penekanan Anwar itu terhadap mereka yang ingin menggunakan sentimen perkauman, agama, atau isu-isu sensitif lainnya sebagai alat untuk meraih sokongan politik.

Sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, Malaysia memainkan penting untuk menjaga kesejahteraan semua pihak tanpa mengira latar belakang ditambah lagi negara kini sedang menjadi Pengerusi ASEAN 2025.
Peringatan ini bukan sahaja ditujukan kepada parti-parti politik, tetapi juga kepada masyarakat umum agar tidak terjebak dalam taktik-taktik manipulatif yang boleh merosakkan hubungan sesama rakyat.
Negara akan terus maju jika semua pihak menghormati prinsip-prinsip keadilan, kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat di negara tercinta ini.

Inilah resepi kerukunan dan kemakmuran yang dikecapi negara sejak merdeka pada 1957 yang mesti dikekalkan di sebalik pertumbuhan ekonomi yang semakin baik sejak November 2025.
Justeru, adalah penting bagi semua lapisan masyarakat memahami dan menghayati teguran Perdana Menteri agar kestabilan dan ketenteraman negara terus terpelihara.
– Abul Jais Ashfaq Ahmed merupakan penganalisis politik.
No comments:
Post a Comment