UCAPAN TERIMA KASIH BUAT WARGA KEMENTEEIAN KEWANGAN

 










Dalam ucapan ketika perhimpunan bersama warga Kementerian Kewangan pagi tadi, saya mengungkapkan hasrat kepada penjawat awam agar membantu menjelaskan kepada rakyat mengenai inisiatif-inisiatif Belanjawan 2024. 


Usaha-usaha dalam Belanjawan 2024 merupakan titik permulaan reformasi ekonomi untuk memulihkan sistem kewangan negara dan memperkasa rakyat.  


Tentunya Belanjawan pada satu tahun tidak akan menyelesaikan masalah dan kerumitan yang kita warisi selama puluhan tahun. Kerana itu, satu-satu Belanjawan itu tidak boleh dilihat dalam satu lompongan atau vakum.


Saya mengucapkan terima kasih kepada warga Kementerian Kewangan yang bertungkus-lumus menyediakan Belanjawan 2024, serta semua kementerian yang turut menjayakannya.


Moga Belanjawan 2024 memberi keyakinan kepada pelabur, merangsang pertumbuhan ekonomi negara dan meningkat kesejahteraan rakyat.


#MalaysiaMADANI



No comments: