RMK-12: PENERANGAN EKONOMI MADANI KE PERINGKAT DAERAH


 Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat akan diterangkan kepada rakyat ke seluruh pelosok negara.

Hal itu dinyatakan oleh Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli dalam satu siaran media.

“Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 kini menjadi dokumen untuk rujukan dasar kerajaan, pihak industri dan rakyat dalam merealisasikan Ekonomi MADANI.

“KSP RMK12 merangkumi aspek-aspek yang lebih luas, termasuk sektor ekonomi, pendidikan, kesihatan, sosio-budaya, dan sebagainya.

“Ini menunjukkan pendekatan yang holistik dalam perancangan pembangunan negara,” katanya.

RMK, menurut Rafizi akan dibawa berdiskusi bersama rakyat di mana orang ramai boleh bertanyakan soalan. Dan hal itu belum pernah dilakukan kerajaan sebelumnya.

“Selepas ini, Kementerian Ekonomi akan turun ke daerah-daerah di seluruh negara untuk menerangkan Ekonomi MADANI dan program-program ekonomi terbaru daripada kerajaan.

“Orang ramai boleh tanya soalan dan berdiskusi lanjut berkenaan rancangan kami,” katanya lagi.