Nasib
pemandu bas ekspres semakin tidak terbela selepas tidak mempunyai pendapatan
sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac - Mei lalu,
kini 'tersadai' lagi akibat PKP Bersyarat.
Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir (gambar, kanan), para pemandu bas ekspres tersebut hanya dibayar mengikut trip dan tidak mempunyai gaji pokok.
Hal itu, katanya, diluahkan oleh wakil persatuan pemandu bas dalam sesi bertemu mereka baru-baru ini.
"Di awal pelaksanaan PKP pada Mac, apabila tiada trip (tiada gaji), masih terdapat elaun saraan melalui Perkeso bagi menampung ketiadaan gaji.
"Kini dengan pelaksanaan PKPB, bas-bas tersadai dan rata-rata pemandu langsung tiada pendapatan. Mereka ini yang menggerakkan pengangkutan awam terikat dengan SOP kerajaan, namun nasib mereka dipandang sepi. Bagaimana kalau PKPB disambung lagi?
"Berdasarkan laporan-laporan yang berkaitan, pemandu-pemandu pengangkutan tidak dipedulikan dalam Belanjawan 2021, sedangkan pengampu seperti JASA dapat peruntukan puluhan juta ringgit," kata Akmal sinis.
Beliau menggesa sesi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung agar prihatin dengan nasib para pemandu bas tersebut dan menyediakan peruntukan bersesuaian untuk menyelamatkan industri berkenaan