Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dibentangkan di Dewan Rakyat menetapkan halatuju pembangunan negara bagi tempoh 2026–2030 dengan peruntukan RM611 bilion.
Ia meneruskan usaha menyusun semula struktur ekonomi dan mengangkat martabat rakyat melalui pertumbuhan yang lebih saksama, berdaya saing dan inklusif.
Antara kandungan utama ialah pelaburan besar serta reformasi dalam pendidikan dan kesihatan, pembangunan wilayah yang seimbang, penyediaan sejuta rumah mampu milik, perluasan program TVET, pendigitalan perkhidmatan awam serta penciptaan lebih sejuta pekerjaan bernilai tinggi.
RMK13 juga memberi penekanan kepada reformasi pasaran buruh, pengukuhan sistem sosial berteraskan nilai MADANI, serta ikhtiar berterusan untuk mengurangkan kos sara hidup dan memastikan tiada kelompok yang terpinggir dalam arus kemajuan.
Usaha melakar semula pembangunan ini menuntut iltizam bersama. Kita tidak hanya mahu bergelar negara berpendapatan tinggi, tetapi mahu kemajuan ini benar-benar dirasai seluruh rakyat dari kota ke desa dalam suasana yang adil, sejahtera dan penuh keyakinan terhadap masa depan.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#RMK13
#MelakarSemulaPembangunan
















No comments:
Post a Comment