Saja Viral.
Sekilas pandang macam gelandangan tetapi bukan!
Inilah Grigori Yakovlevich Perelman, seorang ahli matematik genius yang berjaya menyelesaikan salah satu masalah paling sukar dalam sejarah. Seorang blogger Rusia merakam gambarnya di metro St. Petersburg, memperlihatkan dirinya berambut kusut, berjanggut tebal dan memakai kasut lusuh..penampilan yang mungkin membuat orang menyangka dia seorang pengemis.
Perelman pernah ditawarkan hadiah bernilai USD1 juta oleh Clay Mathematics Institute kerana berjaya menyelesaikan Poincaré’s Conjecture, namun dia menolak ganjaran itu dengan berkata: “Kalau penyelesaian itu benar, pengiktirafan tambahan tidak perlu.” Hingga kini, Poincaré’s Conjecture kekal sebagai satu-satunya masalah Millennium Prize yang telah diselesaikan.
Masalah matematik Poincaré’s Conjecture ini pada mulanya dicadangkan oleh Henri Poincaré pada tahun 1904 dan ianya salah satu masalah besar dalam matematik, khususnya dalam bidang topologi (kajian bentuk ruang).
Masalah ini akhirnya berjaya diselesaikan selepas hampir 100 tahun kemudian oleh Grigori Yakovlevich Perelman pada tahun 2002-2003.
Walaupun dianggap antara ahli matematik terhebat zaman moden, Perelman yang kini berusia 59 tahun memilih untuk menjauhkan diri daripada dunia akademik dan hidup dalam keadaan sederhana dan terasing. Dia berhenti dari jawatan penyelidik di Institut Steklov sekitar tahun 2005–2006 dan tidak lagi aktif dalam persidangan atau kolaborasi akademik.
Dia dikatakan tinggal di apartment kecil dan membeli barang runcit murah, menjalani rutin harian yang sangat minimum.. dan dia lebih suka untuk tidak diganggu. Tidak dapat dipastikan sama ada dia masih aktif memikirkan matematik atau tidak, kemungkinannya mungkin ada tetapi tidak diterbit atau dikongsi...

No comments:
Post a Comment