JAMZURI ARDANI
Israel memberikan fokus untuk membangun kawasan selatan negara tersebut yang diliputi gurun sebagai hub pertanian baru. Ya ... menjadikan kawasan gurun yang kering kontang sebagai hub pertanian untuk masa depan negara tersebut.
Mereka hanya perlu dua perkara: wang dan teknologi.
Israel berjaya menarik pelaburan berbilion ringgit dari pelabur
antarabangsa untuk membangunkan kawasan gurun di selatan negara itu sebagai hub
pertanian berteknologi tinggi.
Apabila kawasan gurun di selatan Israel sudah dibangunkan
sepenuhnya dan menjana kekayaan yang banyak, syarikat-syarikat ini akan mula
meneroka pula peluang yang sama di kawasan gurun yang luas di negara-negara
semenanjung Arab dan utara Afrika.
Umat kita ini masih berpeluk tubuh dengan retorik anti-Israel
tetapi gagal membangunkan teknologi di tempat sendiri.