IBRAHIM MAT ISA
Menteri hanya sibuk jaga jawatan takut direbut seteru politik.
Isu besar negara cuma lontaran kata manis supaya rakyat tak bising dan turun
berdemo.
Sementara bala Covid19 pula dijadikan perisai pelindung bagi
menteri mengelak kecaman supaya hati rakyat tak gundah gulana.
Aku melihat dari sudut keperluan dan keselesaan rakyat semasa
kerana tak semua rakyat minat dengan politik, malah dari temubual hanya
meluahkan perasaan hampa dan menyampah mereka.
Harga barangan pengguna misalnya, tidak kedengaran langsung
kenyataan menteri terbabit menyentuh isu kenaikan harga yang melonjak ketika
ini.
Rasanya rakyat rata-ratanya sudah seperti Zombie. Tidak tahu ke
mana hala nak lontarkan luahan perasaan dengan politik bosan dan muak sementara
taraf ekonomi hanya berkisar keliling roundabout. Penyimpan KWSP masih teriak
teriak tak reti melawan untuk keluarkan sedikit simpanan membantu kekeringan.
Bagaimana keadaan Malaysia tahun 2021 yang tidak berapa hari
lagi menjelangnya. Semakin baik atau bungkus ikat tepi?