(Sekiranya benar Najib diberi pengampunan, dan ada yang nak
berbincang / persetujui / cabar keputusan Agong, ataupun nak sokong / salahkan
kerajaan ke apa……….)
Pada bulan Februari tahun 2020, kuasa YDPA untuk memberi
pengampunan kepada Anwar Ibrahim telah dibangkitkan, dipersoalkan dan dicabar
sampai ke peringkat mahkamah.
Pihak yang membawa kes tersebut telah meminta mahkamah
mengisytihar sama ada pengampunan Anwar adalah sah atau tidak sah, kerana
menurut pencabar tersebut, pengampunan yang diberi oleh Agong perlu disyorkan
oleh lembaga pengampunan, tetapi lembaga pengampunan belum pun dibentuk secara
sempurna semasa Anwar diberi pengampunan.
Mahkamah telah menjawab sedemikian:
1. Kuasa pengampunan adalah budi bicara Agong seperti yang
diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan
2. Kuasa pengampunan Agong dihakimi oleh mana-mana mahkamah
Dalam memberi penghakiman sedemikian, mahkamah telah memetik
beberapa contoh kes mahkamah yang terdahulu, kesemuanya juga tentang kuasa
pengampunan Agong.
Dalam kelima-lima kes pengampunan tersebut, mahkamah pun
menyatakan perkara yg seumpama.
Dalam bahasa mudah, kuasa pengampunan Agong adalah "suka
hati Agong". Mahkamah telah menyatakan berulang kali bahawa apa pun
keputusan Agong dalam urusan pengampunan, ianya tidak boleh diubah (ditolak)
atau disahkan (dipersetujui) oleh mahkamah.
Mahkamah tidak ada kuasa dan tidak mahu berbicara tentang kuasa
budi bicara Agong.
----
Pandangan peribadi:
Tindakan kerajaan mengunci mulut adalah tindakan bijak dan
menjunjung Perlembagaan Persekutuan kerana sebagai pemimpin, keputusan Agong,
apa jua keputusan Baginda, siapa-siapa pun tidak boleh persoal atau persetujui.
Agong mengampun Najib? Kerajaan tidak ada kuasa bersetuju atau
membantah.
Maka sama ada kerajaan terlibat dalam proses pengampuan
terbabit, jawapannya tidak.
Contoh lebih mudah begini.
Korang punya jiran sekarang, nak masak sayur jenis apa untuk
makan, bukan hak kau untuk persoal atau persetujui.
Suka hati lah jiran kau nak masak kangkung belacan ke kubis
goreng ke apa-apa, ikutlah budi bicara jiran engkau.