BERTEMU SHEIKH AL AZHAR



 Usai pertemuan dengan Presiden El-Sisi, saya langsung mengadakan pertemuan dengan Sheikh Al-Azhar Al-Sharif, Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb.







Kami membincangkan pelbagai perkara khususnya melibatkan soal pendidikan yang mana saya zahirkan penghargaan atas usaha dan peranan Al-Azhar Al-Sharif dalam membantu para pelajar Malaysia.


Saya nyatakan bahawa Malaysia dan Al-Azhar Al-Sharif perlu terus pertingkat kerjasama di Rantau ASEAN terutama dalam bidang teknologi dan penyebaran ilmu.


Pihak Al-Azhar Al-Sharif turut memaklumkan bahawa mereka bersetuju menawarkan biasiswa buat pelajar Malaysia yang cemerlang dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan teknologi. 


Dalam pertemuan ini, kami juga sentuh soal memorandum persefahaman (MoU) terkait kerjasama menerusi program Sains Islam (Ulum Islamiah) antara Kementerian Pendidikan Tinggi dan Al-Azhar Al-Sharif selain koloborasi antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Institut Bahasa Arab Al-Azhar Al-Sharif.


Penghargaan Sheikh Al-Azhar Al-Sharif atas doa buat saya dan keluarga serta seluruh rakyat Malaysia.


======


After my meeting with President El-Sisi, I had a discussion with Sheikh Al-Azhar Al-Sharif, Professor Dr. Ahmad At-Tayyeb. We discussed various topics, particularly education, and I expressed my gratitude for Al-Azhar's support for Malaysian students.


#MalaysiaMADANI