NIK HASYUDEEN
·
Kepakaran yang lebih dihargai di luar negara
Petang tadi saya minum teh dengan Dr Haniza Yon. Beliau adalah
di antara pakar di dalam bidang statistik dan psaikologi (psychometrician) yang
tak ramai di dunia ini. Beliau ada syarikat sendiri yang menawarkan pelbagai
solusi di dalam menggunakan data dan analisa berdasarkan psaikologi. Di antara
pelanggan beliau adalah bank-bank di Malaysia dan luar negara. Solusi yang ada
memang luar biasa.
Beliau menceritakan pelbagai perkembangan syarikat beliau
termasuk menerima pelaburan dari sebuah bank pembangunan di Timur Tengah.
Disebabkan itu, beliau diberikan pejabat percuma dan pelbagai kemudahan di
sana. Beliau juga diberikan peluang untuk membesarkan perniagaan beliau dengan
menawarkan solusi-solusi baharu kepada peniaga di sana.
Syarikat beliau sebenarnya bersaing dengan nama-nama besar dari
luar negara. Namun, oleh kerana syarikatnya syarikat tempatan dan dianggotai
oleh anak-anak kita, nilai mereka di mata pelanggan di sini tidak sebesar
pesaing mereka. Orang luar lebih nampak potensi syarikat ini dan membuka
peluang yang lumayan.
Saya pesan
kepada dia supaya terus membina harta intelektual yang menepati kehendak
pasaran. Jika kita ada apa yang orang lain hendak, tak ada masalah untuk
mencari rezeki di mana sahaja. Jadi orang asing di bumi asing pun jadilah.
Inilah kelebihannya ada ilmu dan kemahiran yang ada nilai di dalam pasaran. Tak
perlu merayu-rayu kepada orang-orang yang sentiasa mencari peluang untuk
merembat di sini sana.