*Bimbang PAS Menjadi Alat Sebar Fahaman Syiah*
Ada seorang sahabat bertanya kepada saya, adakah saya gembira dengan kemenangan PAS dalam PRN enam negeri yang baru berlangsung ini. Memandangkan saya dulu dikenali sebagai orang kuat PAS... Maka dia ingin mengetahui adakah saya masih gembira dengan kemenangan PAS.
Saya jawab, saya sedih dan takut.
Saya sedih kerana PAS menang dengan fitnah. Dan PAS parti politik paling banyak kalah saman fitnah.
Saya takut kerana PAS mula mengamalkan dan sebarkan fahaman SYIAH. Lama kelamaan ahli2 PAS akan menjadi musuh kpd faham Ahli Sunnah Waljamaah yg diamalkan di Malaysia dan Nusantara.
Sebenarnya sedari dari awal (zaman Yusuf Rawa) PAS terpengaruh dengan semangat revolusi Islam Iran dan kebetulan Iran berfahaman SYIAH.
Namun berpegang kepada kata-kata hikmah bahawa kebaikan itu adalah mutiara umat Islam yang tercicir, kutiplah walau di mana sahaja, maka PAS meniru beberapa perkara dari revolusi Islam Iran.
1. Kepimpinan Ulama dan Majlis Syura Dewan Ulama PAS
Sebelum ini, tiada slogan seperti itu. Pada mulanya slogan ini dijangka dapat menyatukan penyokong PAS dan mengembalikan sokongan kepada PAS sebagai sebuah parti Islam yang mendokong kepimpinan ulama dan ulama itu menurut hadith adalah pewaris nabi.
Konon-kononya inilah parti yang paling benar dan berjuang dalamnya adalah ibadah.
Namun konsep ini kemudian menjadi senjata makan tuan apabila ‘dihijack’ oleh Geng Ustaz dan kemudiannya mengamalkan ketaksuban seperti mana Ayatollah di Iran di mana Hj Hadi Awang, Presiden PAS diangkat sebagai pemimpin yang maksum, dikhabarkan dia kerap bermimpi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW dan pernah berbincang dengan Nabi SAW (kenyataan oleh Mursyidul Am PAS Ust Hashim Jasin).
Sikap taksub ini menyebabkan ahli PAS jumud dan tidak boleh berfikir dengan baik...
Dan ia juga menyebabkan sikap melampau.
Contohnya, mengkafirkan Perlembagaan Persekutuan sbg sekular, mengkafir-harbikan DAP, menuduh orang yang menolak perjuangan PAS sebagai menolak perjuangan Islam, memulaukan mereka yang keluar dari PAS dan mengkafirkan sesetengah golongan yg tak sokong PAS.
2. PAS juga secara terbuka amal sikap Taqiyyah (sembunyi fakta sebenar)
Mereka ni munafik berbohong dan bermuka-muka. Hadi Awang mengaku wajib berbohong demi parti (PAS). Bohong Nik Abduh juga tidak dianggap bohong oleh PAS.
Sebab itu, PAS selamba je bohong, contohnya bab nak buat hudud, RUU355 dan batal PTPTN.
3. Nikah mutaah -
Benda ni PAS tak buat lagi, tapi mendengar ‘gurauan’ Nik Amar yang muslimat2 muda tak dapat jadi wakil rakyat tak apa dah… Jadi isteri muda Menteri pun ok...
Nikah muda dan poligami ni memang tak salah... Tapi salahnya bila nikah dengan cara tak betul seperti kes Timbalan Menteri dari PAS dan EXCO dari Terengganu baru2 ni.
Hairan juga dengan sesetengah YB PAS yang langgar undang-undang bab nikah ni... Depa ada kecenderungan ikut mutaah ka?
4. Sikap melampau -
Syiah ni dia melampau dalam tindakan... Termasuk dalam ibadah dia. Sambutan hari Asyura dia penuh dengan darah.
Sering kali berlaku pembunuhan di tempat yang ramai syiah seperti di India, Pakistan, Iraq.
Kau tengok PAS, dulu ada kejadian Tragedi Memali... iya... Walau pun ada salah dari Kerajaan pusat, tapi kesan *Amanat Hj Hadi* yg dakwa mati lawan kerajaan itu jihad dan syahid dan sikap Ibrahim Libya tu pasti juga ada sahamnya.
Sekarang, Pemuda PAS dah mula buat kawat dan perarakan bersenjata…
Walau pun hanya replika tetapi itulah permulaannya...
PAS juga setiap kali pilihanraya akan buat pelbagai replika perang… Tujuan PAS untuk menanam semangat perang dalam PRU.
Nak perang siapa? Walhal, semua pengundi dan parti2 politik berdaftar ikut Perlembagaan.
Sebab itu PAS jadi melampau…Sebab anggap pilihanraya sebagai satu peperangan bukan lagi politik. Ayat2 yg dibaca pada penyokong pun berkaitan perang.
Macam parti lain kafir. Malah ada juga ajar ayat Nabi Musa menentang Firaun. Seolah-olah parti lain Firaun.
5. Jabatan Amal PAS (para militeri) tu ilham dari Iran, malah lagu pun dari sana.
Tak salah unit Amal tu... Bagus, cuma pengaruh itu yang kita takut. Rakyat Syiah di Lebanon (Hiizbollah) ada unit seperti unit Amal dan juga tentera. Sekarang PAS dah mula buat replika perang... Dan akan datang, siapa tahu apa berlaku... Sebab amalan Takfiri (kafir mengkafir) masih kuat diamalkan oleh warga PAS.
6. golongan Ulama PAS iktiraf Syiah
Sebab itu tak hairan ramai pemimpin PAS dikaitkan dengan Syiah termasuk yang dah keluar PAS join parti Amanah. Mungkin terpengaruh dengan ‘keharusan’ ulama PAS termasuk Haji Hadi yang sering ke muktamar dunia Syiah di Iran.
Kawan saya jadi takut… Dia tanya, kerajaan tak boleh buat apa2 ke?
Syiah ni kuat berlakon dan pandai berpura-pura. Susah nak tangkap. Cara terbaik nak tolak Syiah ni… kena tolak PAS dan politik fitnah yang diamalkan oleh PAS...
Jika kita iqtikat Ahli Sunnah kita kena tolak PAS yg Syiah... Bagi ulamak mereka bersihkan kembali parti mereka dari pimpinan pro-Syiah. In Syaa Allah, PAS akan kembali ke landasan perjuangan yang sebenar.
*Muhammad Fairul Al-Qasas*
Jengka