[berita buruk] MAHKAMAH TOLAK BATALKAN RASUAH RM500K!BAGI FAEDAH ANNUAR ...DULU SIAP NAK SAMAN KEMAIN....


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun bagi faedah Annuar Musa berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur. Hakim Suzana Hussin menolak permohonan Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh, 49, pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd selepas meneliti dan mendengar hujahan pendakwaan dan pembelaan. Pada 31 Mei lepas, Abdul Hamid Shaikh memfailkan permohonan itu atas alasan pertuduhan terhadapnya di bawah Seksyen 16 (b)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 adalah cacat selain tidak berasas, kerana tidak menyatakan butiran penting dalam pertuduhan iaitu tarikh spesifik bagi kesalahan.



No comments: