Bukti puak ni bukan tahu perkembangan semasa pun. Main tulis je.
Dia dengar ada pihak yang tentang isu penghayatan hadits tu, terus dia label sekular. Dia tak check lagi siapa yang cadang, siapa yang tentang. Main agak ini puak dia yang cadang la tu.
Sekali yang cadang tu musuh dia. Yang menentang, yang dia label sekular tu geng dia sendiri. Paling best sekali, puak dia jadi syaitan bisu. Bila abang besar bersuara, tak berani nak pertahankan Islam.
Tapi betul macam dia cakap. Nak belajar hadits pun Gerakan dah tentang. Boleh dah fikirkan apa lagi yang Gerakan rancang. Dan bila mereka buat apa yang dirancang, berani ke PAS bantah?
Alangkan isu hadits ni pun PAS tak berani bangkang Gerakan. Nak buat RUU355? Hudud? Mimpi la. Ini kalau PN memerintah, dengan ada Gerakan, baru la Islam betul-betul terancam.
Raja Gelap
.