LAPOR POLIS NI BUKAN KERJA SEORANG HERO. MEDIA ADA TAPI MEDIA TAK DAPAT BERFUNGSI DENGAN BAIK. SEBAB APA ? SEBAB KERJA TAK CEKAP DAN TAK PANDAI.



Lapor polis fitnah konon PM lindungi salah laku ahli politik



 

Ketua Cabang KEADILAN Pensiangan, Raymond Ahuar hari ini membuat laporan satu polis terhadap fitnah yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp kononnya Perdana Menteri datuk Seri Anwar Ibrahim melindungi seorang ahli politik yang membuat salah laku.



Menurut Raymond, fitnah yang tersebar di media sosial itu tidak seharusnya terus dibiarkan mencemar imej PMX.



"Saya juga sudah buat laporan polis kepada pihak yang membuat fitnah menuduh YAB Datuk Seri PMX melindungi orang salah sehingga tidak diambil tindakan dalam KEADILAN melalui sebaran WhatsApp group.



"Saya mohon kepada Ahli Jawatankuasa dan ahli Parti Keadilan Cabang Pensiangan untuk tetap sabar tanpa membuat komen-komen liar atau fitnah yang menyusahkan diri sendiri.



"Saya harap kita jangan terprovokasi dengan politik yang tidak matang dan tetap dengan pendirian untuk bersuara sekiranya ada salahguna kuasa atau apa-apa yang melanggar undang-undang di kawasan kita tanpa mengira pangkat atau parti," katanya dalam satu kenyataan.



Selain itu, Raymond juga telah membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salahguna kuasa seorang wakil rakyat dan meminta siasatan dilakukan.



"Laporan lengkap sudah diserahkan kepada pihak SPRM Cawangan Keningau berkaitan salahguna kuasa seorang ADUN yang telah saya berikan kepada pihak SPRM untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan kepada semua yang terlibat tanpa mengira pangkat atau parti



"Saya percaya ini akan menjadi contoh dan pengajaran kepada kita semua, khususnya masyarakat Nabawan dan amnya kepada seluruh rakyat Sabah untuk tidak sesuka hati menggunakan kuasa atau pangkat yang diberikan serta menjalankan tanggungjawab dengan jujur, ikhlas dan telus," katanya lagi.



Raymond berharap rakyat tidak akan mempercayai fitnah, dan segera melaporkan mana mana salahlaku yang diketahui mereka kepada pihak berkuasa.



Beliau menegaskan rakyat Sabah perlu merealisaikan hasrat PMX untuk mewujudkan tadbir urus yang telus, ikhlas dan jujur.


 

No comments: