Sudahlah RPK, seluruh Malaysia tahu hang kaki scam. Last-last kena Pukulan TKO dengan Sultan Johor. Dah 'submit' SD konon 😁😁🤣🤣
https://focusmalaysia.my/rpk-childish-bersatu-screws-me-for-publicly-exposing-the-oppositions-dubai-move-progress/
Sudahlah RPK, seluruh Malaysia tahu hang kaki scam. Last-last kena Pukulan TKO dengan Sultan Johor. Dah 'submit' SD konon 😁😁🤣🤣
https://focusmalaysia.my/rpk-childish-bersatu-screws-me-for-publicly-exposing-the-oppositions-dubai-move-progress/
Percubaan menjatuhkan Kerajaan Madani yang digembar gemburkan
sejak sebulan kebelakangan ini bukanlah kerana mahu membela orang Melayu,
sebagaimana diuar uarkan para pemimpin pembangkang.
Bagi pemerhati politik, Datuk Seri Kamal Amir Kamal Hijaz,
percubaan itu lebih kepada mengelak golongan oligarki maha kaya yang menguasai
negara sejak berdekad lalu daripada disiasat pihak berkuasa.
Katanya, golongan berkenaan cukup tidak senang kerana akhirnya
Deklarasi Permatang Pauh melawan rasuah yang diucapkan oleh Datuk Seri Anwar
Ibrahim 25 tahun lalu akan dijadikan dasar Kerajaan.
"Sejak seminggu dua ini saya nampak penguasa (pihak berkuasa
undang undang) yang diamanahkan oleh rakyat untuk melaksanakan tugas mereka
(telah melakukannya) sebaik mungkin
"Sebab itu mereka (pembangkang) merasakan seandainya mereka
dalam kerajaan, mereka boleh campurtangan dengan penguatkuasa, mereka boleh
campurtangan dengan mahkamah dan sebagainya.
"Hari ini mereka mereka tidak senang dengan apa yang
dilakukan oleh Datuk Seri Anwar. Kalau zaman mereka, mungkin mereka
campurtangan dalam separation of power.
"Bagimanapun era Datuk Seri Anwar beliau kata 'jangan lupa
bahawa para penguasa yang ada hari ini, anda berada dengan PM yang berbeza'.
Ertinya dia tidak akan campurtangan. Bila disiasat (para oligarki) terbongkar
satu demi satu, mereka menyalahkan Datuk Seri Anwar," katanya.
Oleh itu, tambah Kamal Amir, pembangkang pada waktu ini mencuba
sedaya upaya untuk mengabsahkan usaha mereka mendakwa pentadbiran PM Anwar
zalim kerana telah mengarahkan siasatan kepada musuh politik.
Sedangkan, katanya, andai rakyat meneliti dengan cermat, terdapat
individu yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah
memfailkan di mahkamah untuk menghalang siasatan tersebut, yang tidak wajar
berlaku di sebuah negara demokrasi.
"Saya kata kalau seseorang hadapi tuduhan, biarlah disiasat.
Kalau kamu buat jenayah terpulang polis nak siasat. Tetapi macam mana kamu nak
cabar pihak berkuasa untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka untuk
menyiasat? Bukan ada tuduhan pun lagi," katanya.
Selain itu, beliau juga tidak menyembunyikan kekuatirannya
mengenai laskar siber pembangkang yang baru baru ini mencaci pasukan polis
apabila menyiasat pihak yang cuba menimbulkan kegemparan 'Langkah Dubai'
menjatuhkan Kerajaan Madani dengan pelbagai tohmahan.
Justeru dalam cubaan pembangkang menimbulkan suasana tidak
menentu, Kamal Amir meminta rakyat agar terus menyokong Datuk Seri Anwar dalam
perjuangannya memerangi rasuah. Katanya, jika ketirisan berjaya ditangani
sepenuhnya maka rakyat akan dapat lebih banyak bantuan daripada kerajaan serta
hidup dengan lebih bermaruah.
"Bagi saya, mereka (pembangkang) lakukan ini untuk mengusir
Anwar dari anjung kuasa di Seri Perdana. Mereka yakin seandainya jawatan itu
mereka miliki, maka siasatan dihentikan. Apakah rakyat bersetuju?
"Sedangkan kesan ketiadaan korupsi dan sebagainya, (rakyat
mula rasai) limpahan kemakmuran negara. Kakitangan kerajaan dapat RM2000 bonus,
subsidi sana sini. Bantuan Rahmah dan sebagainya," kata beliau lagi.
Walaupun telah disahkan tiada apa-apa gerakan, mahu pun
pertemuan di Dubai untuk menjatuhkan kerajaan sebagaimana dikecoh-kecohkan,
sekaligus menolak dakwaan yang dibuat J-Kom, tetapi nampaknya usaha untuk
menyingkirkan Anwar Ibrahim daripada kerusi Perdana Menteri tidak pernah
terhenti.
Dikhabarkan masih ada bermacam gerakan lain sedang dan akan
muncul yang diusahakan untuk menukar kerajaan semasa.
Di waktu yang sama, usaha mengumpul SD atau Akuan Bersumpah
menjadi percakapan yang makin meluas kononnya ia telah diusahakan sejak akhir
tahun lalu lagi.
Dikatakan usaha tersebut tiada kaitan dengan Langkah Dubai
yang semata-mata khayalan itu kerana untuk menjatuhkan kerajaan, apa saja
langkah atau gerakan boleh dilakukan, tidak kira di dalam negara atau di luar
negara, yang penting ada cukup angka.
Dipercayai kerana berterusannya perkhabaran itulah yang
membuatkan Anwar sendiri terpaksa bersuara agar mereka yang ingin
menjatuhkannya melakukan perkara itu melalui usul undi tidak percaya di
Parlimen.
Katanya, sudah setahun beliau menunggu blok pembangkang melakukannya,
tetapi mereka tetap tiada keberanian.
Barangkali berkongsi kebimbangan dengan Anwar, UMNO semalam
memberi amaran kepada Ahli-Ahli Parlimennya bahawa adalah suatu kesalahan jika
ada di kalangan mereka yang ingin mengambil pendirian berbeza daripada
ketetapan parti.
Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata,
bersekali dengan berkuatkuasanya akta lompat parti, Ahli Parlimen UMNO juga
dilarang daripada menongkah arus.
“Ramai yang mungkin tidak menyedari – termasuk penganalisis
politik, ahli akademik dan pembangkang – bahawa Perlembagaan UMNO telah pun
dipinda dalam Perhimpunan Agung Khas pada 13 Jan 2023 yang menghalang Ahli-Ahli
Parlimennya bertindak membelakangi apa jua keputusan parti dan menyertai
sebarang pakatan politik untuk menyokong seseorang sebagai Perdana Menteri.
“Fasal 20.11 Perlembagaan UMNO memperuntukkan keahlian
seseorang akan tergugur secara automatik sekiranya ahli yang telah dipilih
sebagai Ahli Parlimen dan kemudiannya menyertai suatu pakatan politik yang
tidak dianggotai oleh UMNO.
“Ini termasuklah menandatangani perjanjian untuk membentuk
pakatan dengan parti lawan sekali gus bertentangan dengan pendirian parti,”
kata beliau dalam satu kenyataan.
Dengan mudah difahami kenyataan Dr Asyraf Wajdi itu adalah
ditujukan khas kepada segelintir Ahli Parlimen UMNO yang tidak pro kepada Zahid
Hamidi yang dikatakan bila-bila masa boleh bersama dengan suatu pakatan lain
untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.
Ada yang menyebut, jumlah Ahli Parlimen UMNO yang pro kepada
blok pembangkang itu berjumlah antara 10 hingga 12 orang.
Maka sekarang, berdasarkan kenyataan Dr Aysraf Wajdi itu,
langkah Ahli-Ahli Parlimen UMNO berkenaan telah tersekat dengan sendirinya dan
inilah yang membezakannya dengan Bersatu kerana parti itu tiada peruntukan
sedemikian dalam perlembagaannya.
Sebab itu, Bersatu tidak boleh bertindak terhadap lima Ahli
Parlimennya yang telah mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.
Jika mereka bertindak juga menyokong usaha menjatuhkan
kerajaan, UMNO boleh bertindak mengisytiharkan mereka telah melanggar
perlembagaan parti serta terlucut kedudukan sebagai Ahli Parlimen.
Jadi, apa yang harus dilakukan jika di dalam hati mereka
masih bergelodak keghairahan mahu menukar kerajaan?
Secara umumnya ada dua langkah yang boleh mereka lakukan:
Pertama, mereka sendiri secara terbuka mengumumkan sokongan
kepada perubahan kerajaan, bail melalui kenyataan media atau SD dan dengan
demikian kedudukan sebagai Ahli Parlimen terlucut dengan sendirinya.
Selepas itu, mereka bertandinglah semula atas tiket dan
dengan sokongan PN di kawasan yang sama.
Berdasarkan kekuatan sentimen Melayu/Islam dan mereka
bertanding semula itu pula untuk tujuan menukar kerajaan, kalau benar rakyat
menyokong gerakan berkenaan, mustahil tak boleh menang?
Kedua, bertindak mengambil tindakan mahkamah terhadap UMNO,
sama ada berkaitan pemecatan/penggantungan terhadap beberapa pemimpin sebelum
ini atau kerana membantah tindakan tersebut.
Apabila seseorang membawa kes ke mahkamah, keahlian mereka
secara automatik tergugur, tetapi kedudukan sebagai Ahli Parlimen tidak
terjejas.
Mereka seterusnya akan menjadi Ahli Parlimen Bebas yang
membolehkan mereka bebas bersama pakatan yang diingini untuk menjatuhkan
kerajaan.
Apa macam, mana satu jadi pilihan?
Isu paling besar cuma satu – cukup beranikah Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang tidak pro Zahid Hamidi itu untuk mengambil salah satu tindakan tersebut? – ShahbudinHusin 13/01/2024.
Pelajar yang sering melakukan
maksiat atau jenayah biasanya dihukum dengan dimasukkan ke pusat pemulihan
akhlak untuk menjernihkan kembali sahsiah diri. Begitu juga penagih dadah
dimasukkan ke pusat pemulihan.
Sehubungan itu, bagi Presiden
Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (Otai Reformis), Mustapha Mansor
Amer Mohd Isa, para pemfitnah tegar dari kalangan penyokong serta laskar siber
pembangkang juga perlu 'disekolahkan' semula.
Katanya, para pemfitnah tegar
berkenaan tidak lagi mempunyai pemikiran yang rasional mengenai bangsa dan
agama, selain mahu memporak perandakan negara dengan cubaan berterusan
menumbangkan Kerajaan Madani.
"Saya saran kepada
kerajaan yang ada, sementara ada kuasa, kepercayaan rakyat masih ada, tangkap
mereka (pemfitnah). Masukkan dalam sekolah (pemulihan). Belajar balik. Macam
mana negara ini, sistem apa," katanya.
Dalam pada itu, Mustapha juga
menolak ungkapan melulu penyokong salah satu parti pembangkang Pas yang sering
menyalahkan Kerajaan Madani kerana tidak berhukum dengan undang undang Islam.
Hakikatnya, ketika Pas berkuasa
2020 - 2022 lalu tiada satu pun undang undang negara yang dipinda untuk
diselaraskan dengan hukum Islam sebenar.
"Negara ini sistem yang
kita kena akui, kita mewakili (undang undang) dari penjajah (British)
"Belum sempurna Islam
negara kita. Jadi undang undang masih banyak yang perlu dibaiki (tidak perlu
salahkan kerajaan semasa)," katanya.
Mustapha turut memberi peringatan,
sekiranya suasana fitnah melampau pada waktu ini tidak dibendung tidak mustahil
negara akan mengukut jejak langkah negara Islam di Asia Barat yang porak
peranda dilanda konflik berterusan.
Untuk rekod, Otai Reformis
merupakan gerakan jalanan memperjuangkan agenda reformasi total pemerintahan
sejak 1998.
Pertubuhan Kebajikan Otai
Reformis Malaysia berjaya didaftarkan pada hujung tahun lalu dan Mustapha
Mansor merupakan presiden pertama setelah pertubuhan tersebut memperolehi
pendaftaran sah.
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang
ditandatangani kedua dua negara kelmarin merupakan persekemakmuran bersama
kedua dua negara dan negeri untuk menghasilkan sinergi ekonomi ke tahap yang
lebih tinggi.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, MOU yang dimeterai tersebut
selepas ini akan memandu rundingan di antara Malaysia dan Singapura untuk
memperincikan bagaimana sebuah Zon Ekonomi Khas dapat diwujudkan bagi
merancakkan ekonomi di Johor dan Singapura.
"Berdasarkan rundingan dipandu oleh MOU ini, Malaysia dan
Singapura dijangka akan memuktamadkan satu perjanjian JS-SEZ menjelang akhir
tahun ini.
"Saya melontarkan idea JS-SEZ ini Julai yang lepas.
Alhamdullillah, ia disambut baik oleh Menteri Besar Johor dan Minister Desmond
Lee (rakan sejawat saya dari Singapura) dan dipersetujui menjadi agenda ekonomi
penting antara Malaysia dan Singapura," katanya dalam kenyataan.
Menurut Rafizi, Singapura mempunyai banyak kepakaran dalam
perdagangan dan perkhidmatan. Negara itu juga memerlukan Johor yang mempunyai
potensi tenaga kerja berkemahiran dan muka bumi yang luas untuk perindustrian.
Hal itu, katanya akan menjadi situasi saling lengkap melengkapi
antara kedua negara dan negeri.
"Pertama, saling keterhubungan di antara Johor dan Singapura
akan membolehkan pergerakan manusia, barang dan perdagangan yang lebih rancak
di antara kedua-dua negara.
"Selain tujuan ekonomi, keterhubungan yang lebih licin akan
membantu menyelesaikan isu kesesakan di Tambak Johor yang menyebabkan ratusan
ribu rakyat Johor terpaksa bangun pagi untuk bekerja di Singapura.
"Saya membayangkan selain dari proses imigresen yang lebih
mudah dan infrastruktur pengangkutan yang berkapasiti tinggi, peluang pekerjaan
baru yang melibatkan syarikat Singapura dan antarabangsa di Johor akan
meredakan tekanan pergerakan manusia ini di masa hadapan, kerana lebih ramai
yang akan bekerja di Johor.
"Kita juga berpeluang untuk menarik lebih banyak pelaburan
antarabangsa kerana pelabur-pelabur boleh menggunakan kemudahan yang ditawarkan
di kedua-dua buah negara untuk membina operasi mereka, tanpa perlu melabur dua
kali atau membuka dua syarikat," katanya.
JS-SEZ, kata Rafizi, dijangka akan meningkatkan permintaan kepada
tenaga boleh baru (TBB) yang akan mempercepatkan pembinaan kapasiti TBB ke arah
peralihan tenaga.
Kapasiti TBB yang ditawarkan oleh Johor dan Malaysia, katanya,
akan menjadi daya tarikan utama pelabur antarabangsa untuk ke JS-SEZ dan
Malaysia kerana tuntutan undang-undang di negara maju yang berkehendakkan
penggunaan TBB.
"Saya tidak rasa saya akan melihat keseluruhan potensi zon
ekonomi ini menjadi kenyataan kerana masa yang saya ada adalah terhad.
"Satu hari nanti, saya berdoa masyarakat antarabangsa merujuk
mengenai JS-SEZ ini seperti mereka bercakap mengenai Shenzen-Hong Kong sebelum
ini. Tetapi kerja untuk merealisasikan visi ekonomi itu bermula dari sekarang.
"Kita ada beberapa bulan untuk membawanya ke tahap yang
seterusnya, teruskanlah berbakti untuk negara dan generasi akan datang,"
kata Rafizi lagi.
Adoi la makcik Dayang ni pun. Teruk sangat kualiti BM makcik ni. Teringin pun jadi teringgin. Lepas tanda seru kena ada jarak. Selepas punctuation kena mula dengan huruf besar.
Ish... Sekolah mana la dulu? Ke standard Sanusi je 2 kali kena buang sekolah? Tengok cara menulis ni pun dah boleh agak level pemikiran makcik. Tapi ye la. Jadi kita faham kenapa makcik sokong PN.
Atau makcik nk sebenarnya tulis sambil menggigil ke? Ye la. Dah ketakutan. Rafizi ni dah macam John Wick buru satu persatu orang yang buat pasal dengan dia sebelum ni. Itu yang semua ketar lutut.
Baru buat podcast dah habis menggigil semua cytro PN. Meroyan suruh tutup. Nak tutup buat apa? Inilah cara nak jawab penipuan dan fitnah puak korang tu. Perangai zionis PN ni. Dia serang boleh. Bila orang balas, dia cakap macam-macam pulak.
Sekarang senang je. Kalau betul cytro PN ni tak buat fitnah dan tak menipu selama ni, sambut je cabaran Rafizi tu. Kalau terus beralasan macam ni, maknanya korang mengaku yang selama ni korang bercakap tanpa fakta. Sebab tu takut berdepan dengan Rafizi. Guane boh?
Raja Gelap II
#PenjarakanPapaGomo
.
Ok polis nak siasat. Ibu yang Mahiaddin bising kata fitnah ni. Hamzah pun bising kenapa kerajaan tak ambil tindakan.
Ok, pertamanya tak dengar pun pemimpin kerajaan kata PN nak rasuah YDP Agong. Ada pun mungkin penyokong je.
Kedua, yang aku dengar pun bukan tuduhan YDP Agong terima rasuah. Tapi PN cuba nak rasuah. Jadi rasanya tuduhan tu tak merosakkan kredibiliti YDP Agong. Cuma menunjukkan sifat jijik pemimpin PN.
Tapi tak apalah. Dah polis buka kertas siasatan, jadi kita biarlah polis lengkapkan siasatan tu. Tunggu je la apa hasilnya.
Apa pun, PN tak payah gelabah sangat. DS Anwar tu macam-macam PN fitnah. Relax tu. Macam tu beru betul kekal tenang. Guane boh?
Raja Gelap II
#PenjarakanPapaGomo
.
MUKLIS EDDIE
1) Ko kencing kontraktor
2) kontraktor report SPRM.
3) SPRM siasat.
4) CEO kena kutip.
5) ko kena panggil dek SPRM.
Jawab je lah dalam mahkamah ...x memasal nak menyaman dah kenapa ?
Koyak ? koyak tak apa tuan tuan jangan .......JANGAN meroyan..
Gomo cabar DS Anwar letak jawatan sebagai PM. Hek eleh! Entah
apa-apa la si gila tu.
Setakat dia je cakap tak ada sokongan, dah boleh nak cabar letak
jawatan ke? Mana dia belajar? Lain kali tak bodoh, belajar. Kalau tak tahu,
tanya.
Kalau nak PM letak jawatan, suruh MP PN buat usul undi tak
percaya dalam sidang parlimen. Tu DS Anwar pun dah cabar tu. Takkan tak berani
kot?
Mahiaddin, Hadi, Hamzah, Hishamuddin, Wan Faysal dan ramai lagi,
takkan sorang pun tak berani nak buat usul undi tak percaya? Gebang je lebih!
DS Anwar bukan macam Mahiaddin. Dulu orang tua tu punya penakut
nak berdepan undi tak percaya sampai sanggup isytiharkan darurat panjang.
Ini DS Anwar sendiri cabar. Apa lagi? Kalau tak berani nak buat
usul tu, tak payah la nak sibuk cakap PMX tak ada sokongan majoriti ke apa.
Mengarut je.
Gomo ni pun satu hal. Rela nampakkan diri bodoh apa pasal
agaknya? Kalau sebab duit pun takkan la sampai begitu rendah martabat akal dia?
Guane boh?