KFA) akan mengambil tindakan saman kepada pihak yang menggambarkan berlakunya kegiatan rasuah dalam persatuan itu dengan mengaitkan tuduhan terhadap Presiden serta empat individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO).
Presiden KFA, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, surat saman itu akan dihantar ke rumah dan pejabat pihak berkenaan dalam masa terdekat.
"Pihak yang bersungguh-sungguh cuba menggambarkan berlaku rasuah RM6 juta dalam KFA dan mengaitkan tuduhan rasuah itu dengan individu tertentu terutamanya Presiden dan kakitangan KFA, sila tunggu surat saman di rumah dan di pejabat masing-masing," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook (FB), hari ini.
Menteri Besar Kedah itu berkata, KFA akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan tuduhan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) tidak lama lagi.
=============================================================================================
Di ruangan komen, warganet menganggap ‘tinjauan ekonomi rakyat’ itu hanya sekadar merayap di Kuala Lumpur.
“Tinjauan ekonomi apa benda entah ni. Ini merayap-merayap di sekitar Kuala Lumpur lah!,” komen warganet.
“Tinjauan syok sendiri. Guna perkataan rakyat untuk sekadar lakonan. Tiada kelihatan langsung kelibat rakyat dalam 35 saat video ini. Setakat seorang dua pengikut. Level ketua pembangkang ni. Memalukan!,” komen yang lain.
Sementara itu Hamzah dilihat memuat naik hantaran mengatakan ketika tinjauannya di ibu negara, ramai mengadu tentang kehimpitan hidup dan harga barang yang dikatakan semakin mahal.
Sumber Berita