Pelajar yang sering melakukan
maksiat atau jenayah biasanya dihukum dengan dimasukkan ke pusat pemulihan
akhlak untuk menjernihkan kembali sahsiah diri. Begitu juga penagih dadah
dimasukkan ke pusat pemulihan.
Sehubungan itu, bagi Presiden
Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (Otai Reformis), Mustapha Mansor
Amer Mohd Isa, para pemfitnah tegar dari kalangan penyokong serta laskar siber
pembangkang juga perlu 'disekolahkan' semula.
Katanya, para pemfitnah tegar
berkenaan tidak lagi mempunyai pemikiran yang rasional mengenai bangsa dan
agama, selain mahu memporak perandakan negara dengan cubaan berterusan
menumbangkan Kerajaan Madani.
"Saya saran kepada
kerajaan yang ada, sementara ada kuasa, kepercayaan rakyat masih ada, tangkap
mereka (pemfitnah). Masukkan dalam sekolah (pemulihan). Belajar balik. Macam
mana negara ini, sistem apa," katanya.
Dalam pada itu, Mustapha juga
menolak ungkapan melulu penyokong salah satu parti pembangkang Pas yang sering
menyalahkan Kerajaan Madani kerana tidak berhukum dengan undang undang Islam.
Hakikatnya, ketika Pas berkuasa
2020 - 2022 lalu tiada satu pun undang undang negara yang dipinda untuk
diselaraskan dengan hukum Islam sebenar.
"Negara ini sistem yang
kita kena akui, kita mewakili (undang undang) dari penjajah (British)
"Belum sempurna Islam
negara kita. Jadi undang undang masih banyak yang perlu dibaiki (tidak perlu
salahkan kerajaan semasa)," katanya.
Mustapha turut memberi peringatan,
sekiranya suasana fitnah melampau pada waktu ini tidak dibendung tidak mustahil
negara akan mengukut jejak langkah negara Islam di Asia Barat yang porak
peranda dilanda konflik berterusan.
Untuk rekod, Otai Reformis
merupakan gerakan jalanan memperjuangkan agenda reformasi total pemerintahan
sejak 1998.
Pertubuhan Kebajikan Otai
Reformis Malaysia berjaya didaftarkan pada hujung tahun lalu dan Mustapha
Mansor merupakan presiden pertama setelah pertubuhan tersebut memperolehi
pendaftaran sah.