TAK BOLEH SLALU TIPU ORANG- ADA KUASA DIBERI KHIANAT DAN ABAIKAN PANDANGAN ORANG. KINI DUDUK LAH SEORANG JADI TUNGGOI KAYU.



Rayuan Mahathir. Masih lagi gunakan tema bangsa untuk dapatkan sokongan. Tema tu dah tak laku di kalangan pengundi bandar dan muda.

Mahathir mendodoi kononnya orang Melayu sejak kemerdekaan lagi sudah ketinggalan. Itu benar tapi tapi fikirkanlah itu angkara siapa?

Siapa lagi kalau bukan UMNO? Dan Mahathir sendiri pernah menjadi orang nombor 1 UMNO dan negara selama 22 tahun. Itu apa cerita?

Orang Melayu bukan semua ketinggalan. Ada juga yang berjaya. Tapi mereka itu perlu ada kabel yang dekat dengan Mahathir.

Dan hakikatnya, bukan orang Melayu sahaja yang ketinggalan. Orang bukan Melayu pun ramai juga terutamanya dari masyarakat India.

Pokok pangkalnya ini bukan soal orang Melayu atau orang bukan Melayu. Ini soal rakyat. Tentang tata urus yang baik. Tentang peluang sama rata.

Baik Melayu, baik Cina, baik India, Kadazan, Murut atau apa suku kaum sekali pun, jika kronisme terus berleluasa, rakyat akan terus menderita.

Jelas Mahathir tak kenal sentimen politik semasa. Dia juga tak nampak keadaan sebenar rakyat. Apa nak kita harapkan dari pemimpin yang tak tahu apa yang kita hadapi? Guane boh?

Raja Gelap

UMNO BELUM BERTANDING DAH BEREBUT NAK JADI PM?


SAIZ KABINET YANG BESAR. TAPI BODO BILA BUAT KERJA..PATUT GAJI TAK PAYAH AMBIK


Halah halah halah Isnail... Siapa kata rakyat tak nak dengar janji PM potong gaji? Siapa? Kita rakyat dah lama bising saiz kabinet yang terlalu besar dan gaji menteri yang terlalu tinggi. Itu semua pembaziran.

Kamu di mana selama ni? Takkan tak dengar rakyat menjerit bising. Dengan lantikan politik penasihat itu ini, duta khas gaji buta lagi, kita rakyat dah lama geram. Tak sedar eh? Lena sangat tidurnya.

Sebab itu janji DS Anwar tu sesuatu yang rakyat nak sangat dengar. Memang molek sangat. Isnail berani ke nak janji begitu? Jangan haraplah. Silap-silap kalau menang, makin naik gaji adalah. Guane boh?

Raja Gelap


KEH..KEH...APA LA KAU MAIL

 


Aku dah kata Isnail ni PM yang takde arah. Dia tak tahu apa yang jadi keliling dia. Blur. Kain ikut je apa orang kiri kanan dia cakap.

Sebab tu dia tak perasan yang AyuhMalaysia tu gerakan untuk kalahkan BN dalam PRU15 nanti. Boleh pulak dia pakai!

Apa yang dia tahu? Kalau benda simple macam ni pun dia blur, kalau terus jadi PM memang jahanam teruk la negara ni. Guane boh?

Raja Gelap

 

SUSUNAN CALON ZAHID HAMIDI, WALAU ADA CIRI KEBERANIAN, RAMAI YAKIN CUMA MAMPU MENANG KURANG 40 KERUSI PARLIMEN

 

Daripada satu segi, berdasarkan senarai calon-calon BN yang diumumkan semalam, ia dengan ketara menunjukkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memiliki suatu keberanian yang boleh diberikan pujian.

Bukan senang untuk mengenepikan mereka yang berjawatan menteri dan timbalan menteri daripada terus dicalonkan, terutama jika mereka itu masih ghairah dengan jawatan tersebut dan berjawatan tinggi pula dalam parti.

Lima menteri – Shahidan Kassim, Annuar Musa, Noh Omar, Dr. Adham Baba dan Halimah Saddique – telah tidak dicalonkan semula beserta sejumlah timbalan menteri dan mereka yang berpengaruh yang lain sebagaimana diumumkan dalam majlis pengumuman senarai calon yang diadakan malam tadi.

Tetapi, Zahid Hamidi telah berjaya melakukannya sehingga jumlah menteri dan timbalan menteri yang digugurkannya kali ini boleh dikata yang teramai sekali tercatat dalam sejarah UMNO.

Menggugurkan muka lama untuk digantikan dengan muka baru memang suatu langkah terpuji dan proses yang baik untuk masa depan parti.

Tetapi, mengundurkan terlalu ramai menteri dan timbalan menteri dalam keadaan UMNO lemah serta cabaran parti lawan pula kuat tentu saja boleh mengundang masalah.

Bukan saja mereka yang digugurkan itu boleh melakukan sabotaj dan tidak menggerakkan jentera pilihan raya, bahkan mereka juga boleh dipikat oleh parti lawan untuk terus bertanding bagi menentang BN.

Setakat ini Shahidan Kassim dan Annuar Musa nampaknya hampir pasti akan bertanding atas tiket parti lawan bagi menentang calon BN di kawasan yang diwakilinya sebelum ini.

Perkhabaran yang diterima mengesahkan kedua-duanya masih mampu menang, biar pun bertanding atas tiket parti lain.

Kalau pun yang lain yang digugurkan itu tidak turut sama bertanding dan beralih menyokong parti lawan, kekecewaan penyokong terhadap mereka yang tidak terpilih itu akhirnya akan menyebabkan ramai ahli parti jadi lemah semangat, tidak mahu bekerja atau mungkin akan mengundi parti lain.

Semua ini pasti mengurangkan peluang BN untuk menang di kawasan tersebut.

Sementara itu, walaupun terlihat memiliki keberanian, Zahid Hamidi dilihat tidak cukup bijaksana dalam memilih dan mengatur calon-calon baru yang cuba diketengahkannya.

Muka-muka baru yang diketengahkannya dilihat tidak benar-benar berwibawa, bersih, memiliki rekod yang baik serta diterima masyarakat setempat untuk menjadi pengganti yang lebih baik kepada muka lama yang digugurkannya itu.

Sesetengahnya terlalu mentah, baru dalam politik dan tidak setanding imejnya dengan mereka yang digugurkan, walhal ada calon lain dalam bahagian berkenaan yang boleh diketengahkan.

Di sana-sini mulai kedengaran pelbagai cerita tidak baik, malah gambar-gambar calon-calon baru itu dalam keadaan tidak sewajarnya juga mula bertebaran di media sosial.

Semua ini pasti mengurangkan peluang BN untuk menang di kawasan tersebut.

Kali ini juga agak ramai calon luar kawasan atau calon payung terjun ditampilkan – misalnya Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dari Kelantan ke Gerik, Perak; Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan dari Selangor ke Padang Besar, Perlis; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan dari Selangor ke Alor Gajah Melaka; Hasni Mohamad dari Pontian ke Simpang Renggam; Dr Mashitah Ibrahim dari Baling ke Kuala Kedah dan Razali Ibrahim dari Muar ke Pagoh.

Harus difahami UMNO adalah parti berdasarkan kawasan dan mereka yang aktif di kawasan itu biasanya akan dipilih sebagai calon di kawasan berkenaan.

UMNO sukar menerima calon luar dan sebab itu jarang-jarang calon UMNO diletakkan bertanding ke kawasan lain, malah ramai yang kalah kerana bertanding di luar kawasan seperti Megat Junid Megat Ayob daripada Pasir Salak tapi kalah apabila dipindahkan bertanding ke Parit.

Bekas Bendahari UMNO, Azim Zabidi juga pernah kalah apabila diarahkan bertanding di Bukit Gantang daripada kawasannya aktif berpolitik di Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan.

Penolakan pengundi tempatan, ditambah dengan UMNO bahagian turut tidak memberi sokongan sebaiknya, ini boleh menyebabkan calon luar atau calon payung terjun berkenaan lebih mudah ditimpa kekalahan.

Di beberapa kawasan lain, perbalahan dalaman, enggan bekerja dan menutup bilik gerakan kerana kerusi di kawasan itu diberi kepada parti komponen juga merupakan masalah yang perlu ditangani oleh UMNO.

Semua itu akhirnya akan menyebabkan jumlah kerusi yang diyakini boleh dimenangi jadi berkurangan.

Berdasarkan pengumuman calon semalam yang dijangka akan menimbulkan lebih banyak masalah yang berangkai, sabotaj di sana sini, mereka yang digugurkan bertanding semula atas tiket parti lain dan ahli parti jadi hilang semangat, harapan BN untuk menang lebih banyak kerusi mungkin tak kesampaian.

Ramai yang menjangka UMNO hanya mampu menang tidak melebihi 40 kerusi Parlimen.

Seorang veteran UMNO tidak ragu-ragu mengatakan, sukar untuk BN menang waima 20 kerusi Parlimen kali ini.

Seorang Ketua UMNO Bahagian berkata, berdasarkan senarai calon semalam, PRU15 kali ini sudah boleh dijangka episod akhirnya. – ShahbudinHusin 02/11/2022.



BN TUNGGANG LANGGANG





 Zahid dan Isnail, dua-dua sama tunggul. Memang berotak kejung. Tak reti merancang dan tak tahu berstrategi.


Aku mati-mati ingat BN dan betul-betul sedia sebab tu desak sangat nak PRU awal. Rupanya PH yang lebih terkedepan.


Senarai calon pun tak final. Sekarang dah ramai pula yang memberontak. Zahid buat parti UMNO dah macam Yayasan Akalbudi dia dah. Suka hati nak godek.


Jauh berbeza dengan DS Anwar, Rafizi dan PH. Segala-galanya licin, lancar dan teratur. Tengoklah bagaimana kartel diuruskan dalam Keadilan. Aman dan damai.


Uruskan parti pun tunggang langgang. Patutlah ekonomi negara jahanam bawah tangan dia. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


Pertimbang Tarik Balik Larangan Masuk Ke Sarawak

 Pertimbang Tarik Balik Larangan Masuk Ke Sarawak




Saya berharap agar Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dapat memberi kelonggaran dan pertimbang untuk menarik balik larangan masuk ke atas beberapa pemimpin utama Pakatan Harapan semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Langkah ini bagi membolehkan mereka membantu calon-calon parti di Sarawak sepanjang tempoh berkempen kelak.


Besar harapan saya agar permohonan ini dapat diberi perhatian oleh beliau dan pihak kami juga tidak mahukan sebarang isu atau konflik dengan Kerajaan Sarawak.


#Harapan

#KitaBoleh

#MalaysiaBangkit



SEMALAM CALON RINI LEPAS PENCALONAN

 



Ada beza Khalifah dan Ulamak. Ada beza Ulamak dan Penceramah. 


Tapi di Malaysia, ramai yang mengaku dia Ulamak. Tapi cakap Arab pun tak lepas. 


Ramai juga Ulamak yang pikir dia automatik boleh jadi Khalifah. 


Bravo Ustaz Kazim kerana sedar di kategori mana. Do what you do best. 


Another sign of INSTABILITY in BN Land? Macam

mana Presiden umum semalam hari ni tarik diri? 


~LM~



APA PEMBANGUNAN DIBUAT PEJA, SETAKAT ‘AYOR – AYAQ’ SAJAKAH?


ANWAR JANJI BAWA REKOD KHIDMAT DI PD KE TAMBUN


DSAI DI KELANTAN HARI INI




RAKYAT KELANTAN MENANTI BAKAL PM 10

Stadium Kota Bharu pernah dibanjiri apabila Anwar Ibrahim sepentas dengan Almarhum Tok Guru Nik Aziz. Tok guru sering mendoakan Anwar Ibrahim menjadi PM. Almarhum juga pernah mendoakan kecelakaan buat perasuah dan penfitnah.

Hari ini, tanpa bayangan Almarhum Tok Guru Nik Aziz, Anwar Ibrahim kembali semula ke bumi Kelantan. Tujuannya hanya satu iaitu bagi merealisasikan hasrat Almarhum Tok Guru iaitu lawan perasuah dan pengkhianat.

Ayuh rakyat Kelantan. Mari bersama Anwar Ibrahim untuk selamatkan negara ini. Ayuh anak2 muda kita realisasikan hasrat Almarhum untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai PM 10.

WFAUZDIN NS

 

KAH..KAH...WOIII PEJA...HANG BUAT APA MASA JADI MB PERAK...SULTAN PUN NAIK PENIN DENGAN HANG....SAMPAI KENA BUANG. BANTU APA ????

 

Peja yakin prestasi sebagai MB Perak bantu di Tambun





Ahmad Faizal Azumu berharap rekod perkhidmatannya sebagai menteri besar Perak akan meyakinkan pengundi memilihnya di kerusi Parlimen pada 19 Nov ini.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata kejatuhannya sebagai menteri besar Perak tidak akan memberi kesan terhadap peluangnya dipilih semula bagi kerusi Parlimen Tambun.

Faizal berkata, beliau percaya rekod prestasinya sebagai menteri besar antara 2018 dan 2020 akan membantunya menang apabila pengundi mengundi pada 19 Nov ini.

“Banyak perkara baik telah kami lakukan di Perak dengan meningkatkan hasil (negeri). Kita (juga) memberi bonus sebulan kepada semua penjawat awam,” katanya ketika ditanya sama ada kejatuhannya daripada kuasa akan menjejaskan kredibiliti serta peluangnya pada PRU15.

Faizal digulingkan sebagai menteri besar Pakatan Harapan (PH) selepas hilang undi percaya di DUN Perak.

Walaupun tidak dapat berkhidmat sebagai menteri besar untuk penggal penuh, Faizal berkata banyak pelaburan dan projek diperkenalkan sepanjang tempoh perkhidmatannya. Perak dikatakan mencatatkan hasil RM1.09 bilion pada 2019, melebihi sasaran RM1.03 bilion.

Malah ketika pandemik juga, Faizal atau lebih dikenali sebagai Peja, berkata ekonomi Perak diuruskan dengan baik kerana masih ada dana tambahan untuk negeri itu.

Faizal “mengambil kredit” atas belanjawan dibentangkan penggantinya Saarani Mohamad, sambil berkata belanjawan dibentangkan pada 2020 oleh wakil Umno itu tidak banyak beza dengan apa dibentangkannya. “Beliau tidak ubah apa-apa. Jadi itu belanjawan saya,” katanya.

Saarani berkata, masa tidak cukup untuk menyusun belanjawan baharu dan tidak ada perubahan perlu dilakukan memandangkan ia sudah dibincangkan oleh kerajaan negeri bawah pimpinan Faizal.

Faizal yang juga ADUN Chenderiang mungkin hanya bertanding di kerusi Tambun pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Beliau lebih suka fokus mempertahankan kerusi itu daripada cabaran Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim.

KEADILAN umum 16 calon parlimen di Sarawak


 

KEADILAN petang semalam mengumumkan 16 calon yang akan bertanding di kerusi kerusi Parlimen Sarawak.



Calon calon yang diumumkan kebanyakan daripada barisan pimpinan utama KEADILAN Sarawak dan yang pernah bertanding dalam Pilihan Raya Negeri sebelum ini.



Bagaimanapun penyandang kerusi parlimen Miri Dr Michael Teo digugurkan kali ini dan diganti dengan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Negeri.



Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden KEADILAN Datuk seri Anwar Ibrahim dalam majlis pebgumuman calon semalam.



16 calon yang bertanding ialah Sofian Julaihi (Petra Jaya), Diog Dios (Puncak Borneo); Tay Wei Wei (Sri Aman); Langga Lias (Lubok Antu); Patrick Khamis (Betong); Ibil Jaya (Saratok); Mohd Fauzi Abdullah@Joseph (Kanowit); Abdul Jalil Bujang (Mukah); Umpang Salang (Selangau); Abun Sui Anyit (Hulu Rajang); Zolhaidah Suboh (Sibuti); Chiew Choon Man (Miri); Roland Engan (Baram); Racha Balang (Limbang); Japar Suyut (Lawas) dan Khusyairy Pangkas Abdullah (Kapit).

 

Tiada persefahaman politik PH - gabungan parti utama di Semenanjung

 

Tuduhan kononnya terdapat kerjasama secara belakang tabir antara Pakatan Harapan (PH) dan Umno dinafikan sekeras kerasnya.



Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, tiada sebarang persefahaman atau kerjasama antara PH dengan parti parti seperti Umno BN atau PN, biar pun pihak Gabungan Tanah Air (GTA) menuduh Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih banyak menyerang Tun Mahathir berbanding Ahmad Zahid Hamidi.



"Tiada apa-apa. Saya fikir ia adalah satu percubaan murahan (mengelirukan rakyat) menjelang pilihan raya ini, untuk GTA cuba mencipta persepsi bahawa KEADILAN cuba bekerjasama dengan Zahid.



"Penyokong KEADILAN serta PH dan pengundi tidak perlu berasa bimbang kerana saya tidak akan menerima perkara ini dan berdiam diri.



"Jika ia berlaku, saya akan menjadi orang pertama yang bersuara, jika berlaku sebarang usaha rundingan dengan Umno," katanya daam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya pagi tadi.



Sebaliknya, Rafizi yang percaya PH akan mendapat sekitar 100 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke 15 boleh berunding membentuk kerajaan dengan parti parti di Sabah dan Sarawak yang lebih relevan serta tidak rasis dalam perjuangan politik mereka.



"PH sebagai blok terbesar mempunyai hak untuk membentuk kerajaan gabungan dengan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.



"Pilihan seterusnya adalah untuk gabungan Sabah dan Sarawak, sama ada GRS (Gabungan Rakyat Sabah) atau GPS (Gabungan Parti Sarawak) untuk mempertimbangkan apa yang terbaik untuk mereka dalam membentuk kerajaan dengan mana-mana gabungan.



"Saya fikir, apabila tiba masanya, Sabah dan Sarawak akan membuat pilihan yang bernas.



"Sebab itu saya tidak berminat untuk bercakap tentang GTA, BN atau PN (Perikatan Nasional)," katanya lagi

 

JANGAN PERCAYA, PAKATAN SULIT ANWAR – ZAHID HAMIDI TAK MUNGKIN BERLAKU


 Ketika ini ramai yang berbicara, bahkan seolah-olah mula percaya bahawa wujud pakatan sulit antara Anwar Ibrahim dengan Ahmad Zahid Hamidi.

Yang membawa cerita berkata, pakatan itu ialah untuk kelangsungan masa depan PH dan BN dengan cara membentuk kerajaan campuran melibatkan kedua-dua gabungan selepas PRU15 akan datang..

Kononnya, jika PH tidak cukup kerusi untuk membentuk kerajaan, maka BN akan mencukupkannya.

Begitu juga sebaliknya, jika BN tidak cukup kerusi, maka PH akan tampil menjadikannya cukup.

Sebab itu, kata mereka, baik Anwar atau Zahid Hamidi, walaupun secara zahir kedua-duanya selalu melahirkan keyakinan untuk membentuk kerajaan secara sendrian melalui kemenangan, tetapi tidak ternampak mereka pernah menunjukkan kebimbangan jika berlaku kekalahan.

Pokoknya, tambah mereka, menang atau kalah, PH dan BN tetap menjadi kerajaan melalui pakatan sulit itu.

Menyedapkan lagi cerita, mereka mendakwa, Anwar dan Zahid Hamidi juga sebenarnya sudah beberapa kali bertemu bagi membincangkan perkara tersebut

Benarkah pakatan sulit itu wujud dan kerajaan PH/BN boleh terbentuk?

Kalau kita lihat beberapa kenyataan Anwar, keyakinan beliau ialah PH mampu membentuk kerajaan secara sendirian tanpa bergabung dengan BN atau PN.

Terbaru sekali, keyakinan Anwar ialah PH mampu menang sekurang-kurangnya 100 kerusi Parlimen.

Pihak yang mungkin dirundingi untuk membentuk kerajaan selepas PRU15 hanyalah parti daripada Sabah dan Sarawak sebagai lambang bahawa kerajaan yang menang nanti adalah mewakili Malaysia secara keseluruhannya.

Lagi pun, demi kepentingan Sabah dan Sarawak itu sendiri, parti domestik di kedua-dua negeri itu biasanya akan bersama dengan siapa saja gabungan di Semenanjung yang berjaya membentuk kerajaan.

Tidak pernah terselit waima walau sekali tentang keinginan Anwar untuk mendapatkan bantuan Zahid Hamidi bagi PH membentuk kerajaan.

Tambahan lagi di dalam PH, jika pun Anwar cuba digambarkan mahu bekerjasama dengan BN, terutama kerana hubungan cikgu dan murid antara beliau dengan Zahid Hamidi, jangan lupa bahawa ada DAP dan Amanah yang pasti menentangnya berdasarkan serangan mereka sejak sekian lama bahawa UMNO adalah parti kleptokrat, penyamun dan banyak mencuri duit rakyat.

Begitu juga di pihak BN, keinginan Zahid Hamidi dan lain-lain pimpinannya ialah untuk membentuk kerajaan sendiri atas nama BN tanpa sokongan parti lain.

Dengan keyakinan GPS di Sarawak akan bersama mereka, begitu juga GRS di Sabah, sasaran BN ialah memenangi antara 85 hingga 100 kerusi Parlimen di Semenanjung bagi memungkinkan sebuah kerajaan atas nama BN dapat diwujudkan.

Sama seperti PH yang ada DAP dan Amanah sebagai penghalang, kalau pun BN ingin bekerjasama dengan PH, halangan terbesar UMNO ialah kerana ada DAP di dalam gabungan tersebut.

Mana mungkin UMNO sedia duduk sekelambu dengan PH yang ada DAP bersamanya.

Dengan itu, cerita-cerita kerjasama dan wujudnya pakatan itu sama sekali tidak logik dan tak masuk akal.

Ia tidak lebih merupakan mainan “psywar” pihak ketiga yang berharap dapat mengaut laba jika akhirnya pengundi menolak PH dan BN melalui gambaran wujudnya pakatan sulit membentuk kerajaan antara kedua-dua gabungan itu kerana yakin pengundi akan menolak kerjasama tersebut.

Terakhir sekali, yang paling berkuasa untuk menentukan sama ada kerjasama PH dengan BN itu boleh menjadi kenyataan atau sebaliknya adalah terletak di tangan pengundi pada 19 November nanti.

Mereka boleh menghalang, andainya tidak setuju dan tidak mahu wujud kerjasama PH dan BN itu dengan cara tidak membenarkan PH atau BN memiliki tidak cukup kerusi untuk membentuk kerajaan.

Pastikan, baik PH atau BN, memperolehi cukup 112 kerusi atau lagi baik jika lebih daripada itu secara sendirian agar mereka boleh membentuk kerajaan tanpa perlu bantuan atau bekerjasama dengan pihak lain.

Salah satu caranya ialah dengan pengundi mesti keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka, selain petugas parti masing-masing hendaklah bekerja lebih gigih mulai sekarang, kurangkan tidur dan buangkan jauh-jauh sifat malas dengan wajib memastikan peratusan keluar mengundi sebaiknya melebihi 82 peratus.

Jika itu dapat dilakukan, yakinlah, kerajaan yang terbentuk nanti pasti sebuah kerajaan yang kukuh, stabil dan tidak berdiri atas sokongan parti lain, tidak kira sama ada ianya PH atau BN.

Gabungan selain PH dan BN, rasa-rasanya, tiada harapan langsung untuk membentuk kerajaan kali ini dan dengan itu, jangan sesekali bazirkan undi anda. – ShahbudinHusin 01/11/2022.