YB KABU TAK ADA IDEA.

 






YB KABU Haim Hilman Abdullah ni bekas VC sebuah IPTA, sampai isu pokok Kabu dalam sekolah pun dia bawa masuk bahas dalam Sidang DUN Kedah.

Berberapa hari lepas CikguMail Sp upload di Fb, Cg Rahim, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah pergi lah tengok pokok KABU yang PROF KABU duk riuh tu. 


Berbeza orang reti buat kerja dengan kaki teori. 


Nak tebang pokok tu pun sampai kena tulis surat kepada PMX Anwar Ibrahim? Kena gelak dgn pakcik kedai kopi ja.


Rupanya pokok KABU tu duk luar pagar sekolah, atas tanah persendirian. 20% kanopi dalam Sekolah, 80% duk luar sekolah.


Beliau dah pakat pergi jumpa PIBG dan pengurusan sekolah tu pun, nanti mrka tebang.


Kerja level tu pun seorang YB, Exco Kedah, bekas VC Universiti, Profesor tidak boleh nak selesai sampai kena bawa ke sidang DUN. 


Amat memalukan lah jika tara ni je level YB Exco Pas Kedah. Bagi ajelah duit, orang kg pun boleh tebang. setel!


Kalau di Sekolah saya lah, saya sendiri ambik chainsaw tebang, tak perlu upah orang lain. Ada 3 biji chainsaw kat rumah.


Lemah! Inilah masalah 33-3 menang majoriti besar di Kedah, sampai Yb2 pun takda kualiti.


Baru hantar 3 orang ja Sidang DUN, semua dah terduduk. 


Pru16 tukar lah Kerajaan PH-BN pula. Ubah Kedah



No comments: