PN agak ‘underdog’ di Sabah, tiada poster boy dan tokoh menonjol


 


Meskipun bertanding di 42 buah kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, Perikatan Nasional (PN) dilihat berada di posisi lemah atau “underdog”.

Pengamal undang-undang, Dr Zulqarnain Lukman berkata, PN tidak mempunyai wajah pemimpin yang cukup kuat untuk diangkat sebagai ‘poster boy’, dengan tokoh pemimpin dari Sabah mahupun Semenanjung tidak begitu menyerlah dalam radar pengundi tempatan.

“PN nampaknya sangat underdog walaupun bertanding di 42 kerusi. Tiada poster boy PN di



“Tiada juga tokoh PN di Sabah atau Semenanjung yang popular di Sabah. Tan Sri Mahiaddin Md Yassin pun semakin pudar pengaruhnya,” katanya.

Menurut Dr Zulqarnain, majoriti pengundi kali ini adalah pengundi muda iaitu yang berumur 18-29 tahun sebanyak 533,929 orang dan 30-49 tahun (739,272 orang).

Pengundi muda mempunyai kecenderungan untuk memilih calon yang muda dan tidak ada baggage lampau.

Beliau melihat, calon yang mendominasi kempen di media sosial akan mudah memenangi hati pengundi muda kerana anak muda tidak gemar menghadiri ceramah politik.

“Orang muda jarang pergi dengar ceramah politik. Mereka lebih suka dengar klip ceramah dalam TikTok, Reel dan YouTube shorts. 

“Sekiranya kempen di media sosial ini menarik hati mereka ada kemungkinan besar mereka akan memilih calon yang populis di media sosial,” ujarnya.

Dalam pada itu Dr Zulqarnain berkata, kaedah untuk mengatasi populariti media sosial adalah dengan cara kempen tatap muka. 



Melalui kempen tatap muka mereka berpeluang untuk berinteraksi dengan calon secara terus, tetapi ia memerlukan modal dan masa. 





No comments: