Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengesahkan bahawa kerajaan telah mengeluarkan nota bantahan diplomatik kepada Vietnam dan China ekoran tindakan kedua-dua negara membina pulau buatan dan infrastruktur lain di Laut China Selatan.
“Setiap tindakan yang diambil oleh Kerajaan adalah berdasarkan pertimbangan yang komprehensif dan tidak sesekali akan memprejudiskan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara.
“Ini termasuk bantahan diplomatik oleh Kementerian Luar Negeri ke atas projek pulau buatan, atau dengan izin, artificial islands, dan infrastruktur yang dibangunkan oleh Vietnam dan Republik Rakyat China di Laut China Selatan.
“Nota Diplomatik merupakan antara saluran komunikasi diplomasi dan rasmi peringkat tertinggi di antara dua negara.
“Ia merupakan mekanisme komunikasi untuk menegakkan kepentingan negara atau untuk melakukan bantahan.”
Mohamad berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) di Dewan Rakyat.
Isu ini turut dibangkitkan dalam pertemuan peringkat serantau.
Putrajaya yang berpendieian tidak mahu meningkatkan ketegangan, bersikap provokatif turut mengambil pendekatan self restraint selaras dengan Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea (DOC).
No comments:
Post a Comment