PH,
Umno sependapat Terengganu perlu diselamatkan dari Pas
Oleh MALAYSIA DATELINE / DISEMBER 1 , 2021
Pakatan Harapan (PH)
Terengganu menzahirkan rasa tanggungjawab bagi memastikan Terengganu terus
membangun dan kemajuan negeri tidak terbantut oleh pemerintahan kerajaan Pas
hari ini.
Pengerusinya Raja Bahrin
Shah berkata, ekoran itu PH Terengganu mempunyai pandangan yang sama dengan
pihak Umno negeri itu bahawa Terengganu perlu diselamatkan dari pemerintahan
lemah berterusan Pas yang telah menjejaskan dan membantutkan kemajuan Negeri
Terengganu.
“Kesejahteraan,
kebajikan serta kemakmuran rakyat Terengganu merupakan keutamaan pada kami dan
mana-mana pihak yang mendahulukan rakyat dan pembangunan Negeri
“Dengan sumber minyak dan gas
Terengganu yang makin berkurangan, perancangan yang memandang jauh ke hadapan
dan lebih profesional adalah amat diperlukan,” katanya.
Raja
Bahrin berkata, Umno Terengganu tidak diberi peranan dan tempat oleh Pas hari
ini untuk menyumbang dalam kerajaan mempunyai pendapat dan kebimbangan yang
sama.
Tambahnya,
keutamaan untuk kesejahteraan dan kemakmuran masa depan rakyat Terengganu merupakan
pandangan yang dikongsi bersama pihak yang prihatin masa depan rakyat tidak
mengira dari parti politik mana sekali pun.
Berhubung
pertandingan kerusi PRU15, beliau berkata PH Terengganu berhasrat bertanding
kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
“Isu
“swapping of seats”, atau pertukaran kerusi, dengan mana-mana pihak lain tidak
pernah timbul,” katanya.