GELAKKAN SAJA MANGKOK HAYUN NI....KAH..KAH..KAH

 


Dari semalam nak menulis, bila tengok je mb Kedah nak buat report pulis pasai sorok beras...kami ketawa ja. Sehari sebelum tu barisan para penyokong dewa langit punya puji nusi best...nusi terbaik...nusi hebat kunun arahan dialah yg berjaya buat tangkapan.


Arahan pala hotak dia, kes ini dah berlaku lama sewaktu dia jadi mb sebelum PRU 15 lagi...awat baru kemarin nak bunyi ?


Rakyat tak kaitkan nama dia, tiba2 dia meluncat pasepa? Mmg kami gelakkan ja mangkuk ayun tu. 


Memang beras yg si sorokkan 180 tan itu di Kedah. Itu pun berdasarkan laporan dari pekerja dan maklumat risikan bawahan. Dengan maklumat itulah kerajaan buat serbuan.


Utk makluman, kes sorok beras itu bukan satu2nya berlaku di Kedah. Tempat lain pun ada lagi yg masih dalam siasatan dan sumber maklumat baru. Itu baru beras, belum gula & tepung. Dan ini termasuklah isu minyak masak paket bersubsidi bertahun lama bolos ke Thailand. 


Kartel bukan mesra kpd Kerajaan Persekutuan. Mereka ini lebih mesra kepada siapa yg beri mereka laba dan keuntungan luar biasa. 


Sbg contoh ketika perikatan nasional memerintah dulu, mereka kata telur ayam susah nak dapat sebab ayam tak bertelur. Bekalan ayam mentah hilang dari pasaran sebab cuaca panas, maka ayam kurang makan. Jagung ternakan tak dapat import masuk ke Malaysia pasai negara yg bekal jagung makanan ternakan kurang tanam & kering kontang.


Permainan sebeginilah yg kartel buat. Kelak nanti, akan ada persatuan demi persatuan berkumpul...panggil wartawan dan umumkan kos meningkat, negara pembekal kemarau, ayam tak makan sebab panas...dan kerajaan cuba membendung masalah kekurangan ini akan menambahkan lagi subsidi.


Bila dapat subsidi, tiba2 ayam terlebih di pasaran...telur terlebih...gula terlebih. Ayam mentah pula gemuk2 di pasaraya. 


Sebab apa ? Sebab ini permainan kartel mempergunakan kesempatan kerajaan terdahulu. Masakan tidak, 2-3 kapal yg bawa jagung ternakan sengaja tak masuk port & berlabuh di laut saja. Bukan ayam tak makan sebab cuaca panas, tapi sengaja pengeluaran di sekat. 


Sekali lagi, kartel itu semua mmg tidak mesra kpd kerajaan persekutuan di bawah Anwar sbg PM. Kerajaan PH & Perpaduan kini lebih orientasikan kepada rakyat, bukan kartel. 


Satu persatu lokasi gudang sdg di selidiki. Apatah lagi bila kerajaan menggerakkan ujian sampel beras import & tempatan yg di campur.


Penyangak terutama elit billionaire ini mmg mempergunakan kartel tersebut utk menggagalkan pemerintahan kerajaan persekutuan. Apatah lagi dari sumber makluman memberitahu, kos lebih RM800juta di gunakan utk agenda tukar kerajaan. 


Kos angka ini bukan cash semata, tapi ia buleh datang dari pelbagai faktor sebagai contoh... isu beras 200juta, isu gula 300juta, isu telur 100juta. Juta-juta ini bukan dalam bentuk tunai sebaliknya pegangan supply chain di pasaran.


Siapa yg akan cuba mengambil laba dalam hal ini ?


Warisan parti tebuk atap itulah...mempermainkan isu 3R dan dakyah ketuanan Melayu...ketuanan Islam saat siasatan jenayah terhadap diri mereka semakin menghampiri.


Yang berkarya:

Gino Marvela