Setiap kali Belanjawan, ini soalan yang kita akan tanya. Apa kita akan dapat darinya?
Dari Penjawat Awam ke Peniaga. Dari SME ke GLC. Dari yang dah bekeluarga ke yang bujang lagi.
Belanjawan itu kita nilai, berapa banyak Kerajaan boleh bagi. Lagi banyak memberi, lagi power la Kerajaan ni.
Bukan saja rakyat biasa, political circle juga sama. Apa pula projek yang ada untuk disapu jua…
Kerajaan berganti Kerajaan. PM after PM. Mereka guna belanjawan untuk dapatkan undi.
Bila tahu Kerajaan takde duit, ada PM yang terlebih bijak, mintak guna KWSP. Tak kisah la tak pernah dibuat orang, benarkan Rakyat keluar KWSP sampai 4 kali.
Mintak rakyat guna duit sendiri. Tapi geng2 ni pulak merembat duit negara untuk Parti and keluarga sendiri. Antara mereka saja berjoli 🤦🏻♀️
***************
Selepas 65 tahun, negara kita sudah tenat. Hutang negara sudah capai RM1.5 trillion tahun ini. Sama dengan 80% KDNK negara. Rating biaya hutang kita jatuh mendadak kepada BBB- dari single A dulunya.
Makanya, Belanjawan ini kita kena ubah cara. Tidak boleh lagi menekan Kerajaan untuk berbelanja sewenangnya. Kena push mereka cari duit pula. Jimat belanja dan tak senang lenang rompak hasil negara.
Sudah kena strategik dalam guna duit kita.
Kita juga kena ubah cara berfikir:
Bukan lagi tanya “Apa aku dapat?”
Soalan yang patut ditanya “Apa yang tinggal untuk anak cucu kita?”
Mampukah mereka nanti, bina negara sendiri bila kita tiada…
Salam hormat,
Liyana Marzuki