FADILAH PERDANA MENTERI ?10 SERTAI PN, PERPADUAN MASIH KERAJAAN






NORMAN RADZUAN


  Gerakan menjatuhkan kerajaan Perpaduan semakin agresif

10 SERTAI PN, PERPADUAN MASIH KERAJAAN

 

Saya telah mendengar khabar angin ini beberapa bulan lalu. Tapi saya anggap ia jalan mati apabila tiada pertandingan jawatan Presiden UMNO kecuali jika berlaku masalah kesihatan kpd Zahid.

 

Bagaimanapun melihat perkembangan muktahir, saya dipanggil beberapa rakan yg bukan di kalangan ahli parti PKR. Dlm dua hari ini saya duduk dgn beberapa rakan berbeza yg boleh dianggap sumber yg sgt dipercayai. 

 

Rumusannya ketika ini satu gerakan paling agresif semenjak selepas PRU15 digerakkan secara terbuka oleh pembangkang.

 

Dari sumber itu mengatakan kononnya ia bukan sahaja gerakan parti politik dari PAS, Bersatu dan UMNO (team B ) sahaja tetapi juga NGO dan tokoh2 korporat yg berkepentingan. 

 

Nama2 di dlm gambar konon hanya menunggu masa yg sesuai utk meninggalkan UMNO. Ahli Parlimen hanya diarahkan berdasarkan keputusan PRN ini. Jika gelombang hijau kuat… ‘10 budak hitam’ ini akn mengosongkan kerusi masing2 dan akn bertanding  semula dgn memakai jersi baru.

 

Gerakan pertama mereka gagal selepas Zahid menolak utk bersama PN menubuhkan kerajaan. Mereka teruskan lagi dlm Pemilihan UMNO utk menjatuhkan Zahid yg dianggap batu penghalang niat mereka menuju ke Putrajaya. Pun begitu menuju jalan gagal apabila jawatan Presiden dan Tim Presiden tidak dipertandingkan.

 

Percaturan mereka skg ialah utk mengalahkan semua kerusi yg UMNO bertanding utk memberi tekanan kpd Zahid Hamidi. Jika BN tewas di semua kerusi yg dipertandingkan… provokasi digerak dan ada yg mengatakan dgn menggerakkan anak2 muda di dlm parti tersebut.

 

Bila saya ajukan adakah cukup jumlah jika GPS tidak bersama. Mereka ada pilihan iaitu parti dari Sabah. Namun kata sumber tersebut tawaran akn diberikan kpd Datuk Fadilah utk menjadi PM Malaysia dan Tok Mat sebagai TPM2 …. asal bukan Anwar atau Zahid. 

 

Persoalannya adakah Fadilah berani mengambil kerusi PM dgn cara begini di mana beliau akn dikenang sebagai PM tebuk atap seperti Muhyiddin. Adakah rakyat Sarawak bersetuju beliau bekerjasama dgn PN yg dianggap parti rasis?

 

———————————————————————————-

 

PN tahu mereka tidak akan menang di PP, Selangor dan N9. Jadi sasaran mereka hanya menang kerusi Melayu. Disebabkan itu kempen perkauman sgt kuat didendangkan.

 

Mahathir sanggup jumpa siapa sahaja dgn bertemu Hadi Awang. Malah sanggup melayani Papagomo dan Tar Senik asal siapa yg boleh dipergunakan olehnya utk menjatuhkan Anwar Ibrahim.

 

Daim sanggup bertemu Hadi Awang. Malah mereka menjemput sesiapa sahaja bekas ahli UMNO seperti KJ utk bersama sama mereka.

 

Persoalannya ‘10 budak hitam’ itu berani dan apakah mereka berjaya?

 

‘10 budak hitam’ ini adalah mereka yg digantung, dipecat dan tiada jawatan dlm kabinet kerajaan. Adakah sebahagian dari mereka berani mengosongkan kerusi masing2 utk bertanding semula dan menang? 

 

Pasti mereka fikir 10 kali… risikonya sgt besar. Ismail Sabri contohnya boleh dibuang parti. Begitulah juga mereka yg menang atas bendera BN yg diundi oleh pengundi kawasan masing2… adakah mereka berani dgn gabungan PH & BN ini mereka akn menang semula.

 

KJ masih tarik tali… mahu sertai PN atau kekal di seperti sekarang dan membuat rayuan. KJ tahu risiko sgt besar sdgkan usianya masih muda. Jika dia menyertai PN, KJ akn hilang kredibiliti seorang pemimpin masa depan Malaysia.

 

KJ boleh menumpang tuah menang ADUN di bawah tiket PN tetapi dia akn hilang kredibiliti atau kepercayaan sebagai pemimpin yg disukai perbilang bangsa. Apatah lagi KJ dianggap malay urban di mana gaya pemikiran intelektualnya tidak sesuai berada di dlm PN yg dianggap rasis oleh masyarakat Malaysia.

 

Annuar Musa dan beberapa mantan Menteri pula bergerak agresif atas bendera NGO pro PN. Senario ini dilihat seperti ada gerakan besar besaran utk menumbangkan kerajaan Perpaduan dari setiap penjuru. 

 

Mereka tidak pernah berhenti dan kerajaan perpaduan jangan mudah terlena. Cuma bagi saya PN boleh mencuba tetapi setakat ini mereka telah kena ‘checkmate’. 

 

Mereka sebenarnya sgt bimbang kpd 2 perkara. Pertama semakin lama PMX menjadi PM dan mampu membawa Malaysia keluar dari kekalutan ekonomi ini maka rakyat akn menyokong kerajaan sedia ada. Kedua mereka sgt takut kes mahkamah mereka jika dpt diselesaikan dlm 5 tahun ini mereka akn merengkok di dlm penjara (jika bersalah).

 


No comments: