6 BULAN PERTAMA KERAJAAN MADANI INI BERJAYA , DAN RAKYAT MERASAINYA.




 

Alhamdulillah, dalam 6 bulan pertama ni, rakyat dah dapat harga ayam, telur, minyak masak & beberapa barangan semakin stabil. Bekalan pun mencukupi berbanding 33 bulan PN dalam kerajaan.

Selain itu rakyat juga terus dapat subsidi elektrik tanpa mengira taraf hidup yang PN mahu hapuskan dulu. Memang kerajaan bakal dikaji semula tapi pengkelasan taraf hidup mengikut gaji juga akan ditakrif mengikut kaedah yang lebih tersusun.

Rakyat juga baru sekali dapat kenaikan OPR. Bukan macam masa PN memerintah dahulu. Setiap tiga bulan rakyat dihadiahkan kebaikan OPR. Walaupun kerajaan dakwa konon ekonomi semakin pulih.

Rakyat B40 dapat Inisiatif Pendapatan Rakyat yang memberi peluang mereka memulakan perniagaan. Ada bisnes bekalkan makanan ke vending machine yang sewanya ditanggung kerajaan dan juga bisnes pembersihan.

Rakyat juga dapat kurangkan kos kerja seharian dengan adanya menu Rahmah. Dapat beli makanan yang enak dan mengenyangkan pada harga hanya RM5. Banyak dapat dijimatkan di situ.

Rakyat juga dapat kestabilan politik yang kembali jadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang mana ia akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Banyaklah kalau nak senaraikan apa yang rakyat dapat dalam 6 bulan Kerajaan Perpaduan berada di Putrajaya. Kalau nak dibandingkan dengan 33 bulan PN berkuasa, rakyat cuma dapat susah.

Kes bunuh diri pun meningkat. Ada yang terpaksa kibar bendera putih. Lebai masa tu siap larang kibar bendera. Suruh angkat tangan berdoa je. Ada lebai yang samakan rakyat dengan haiwan kalau kritik kerajaan.

Jangan lupa yang rakyat dapat vaksin di zaman PN dalam kerajaan. Dapat juga ugutan dari menteri yang hidup mereka akan disusahkan jika enggan ambil vaksin. Sebegitu hebat.

Cuba bandingkan apa yang rakyat dapat sekarang dengan ketika PN dalam kerajaan dulu. Agak-agak mana yang rakyat lebih mahu?

Paling istimewa, di zaman Kerajaan Perpaduan ini, rakyat dapat tahu orang yang mengaku abah rakyat Malaysia rupanya sakau duit rakyat berarus juta nilainya. Sekali anak beranak dia terlibat.

Dan rakyat juga baru dapat tahu dalang di sebalik kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi rupanya adalah anak menteri dari PN. Jadi masih nak tanya lagi rakyat dapat apa dalam enam bulan ini? Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: