Pendekatan yang berbeza yang lebih mesra dan
inklusif terhad
ap golongan di bawah diperlukan
Kampung Sibiew in Bintulu, Sarawak - THE VIBES
Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.
Oleh Safiyuddin Sabri
“Definisi kegilaan ialah melakukan perkara yang sama berulang
kali dan mengharapkan hasil yang berbeza.”
Pelbagai reaksi dapat dilihat selepas resolusi Kongres Ekonomi
Bumiputera berlangsung dan inisiatif kerajaan diumukan oleh Perdana Menteri
Anwar Ibrahim.
Reaksi daripada media sosial berlainan mengikut platform dan
bahasa artikel berkenaan kongres tersebut.
Di Instagram, misalnya, dipaparkan berita tentang bumiputera
hanya memiliki satu daripada 97 syarikat tersenarai di Bursa disampaikan
melalui medium Bahasa Inggeris. Ini diiringi komen seperti “You have to work on
it, not by comparing races”.
Di TikTok pula, video cadangan di kongress iaitu 30% barangan
bumiputera di semua hypermarket dijadikan syarat oleh kerajaan mendapat
pelbagai reaksi seperti:
“Why 30%? Just make it 100% happy?”
Support the struggle to build a Malaysia based
on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off
donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Make a regular pledge or periodic
auto-donation to Aliran
Tel:
04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com
“Buat macam mana pun kalau malas apa pun tak jadi.”
“Tapi Melayu pun kurang sokong barangan buatan tempatan.”
Turut dicadangkan oleh Timbalan PM Zahid Hamidi, perlaksanaan
dasar Transformasi Ekonomi Bumiputera (TEB). TEB dikatakan bukan untuk
menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) tetapi untuk menjadi panduan kepada
perlaksanaan DEB yang katanya lebih progresif dan dapat merapatkan jurang
sosioekonomi rakyat.
Tetapi menurut laman sesawang Transformasi Pembangunan
Bumiputera (TPB 2030), Bidang Transformasi Ekonomi Bumiputera (Beta) ialah
salah satu komponen dari TPB 2030 untuk mengenal pasti potensi untuk
meningkatkan penglibatan bumiputera. TPB 2030 dilancarkan pada 2021.
Ya, memeningkan!
Pendirian saya terhadap dasar membangunkan ekonomi bumiputera
adalah untuk kerajaan meneruskannya tetapi bukan untuk kekal sebegitu, hanya
sehingga golongan bumiputera terpinggir atau underclass (etnik Melayu dan
pribumi Sabah dan Sarawak) dapat dibantu.
Pada masa yang sama, adakan usaha konkrit untuk mengeluarkan
rakyat tidak kira kaum dari kitaran ganas kemiskinan. Ini memerlukan pedekatan
yang lebih melibatkan golongan di bawah.
READ MORE: Bumiputra Economic Congress – focus on more 'gimme,
gimme' or plight of the lower class?
DEB yang telah dilaksanakan sejak dulu terbukti tidak memberi
kesan secara menyeluruh. Kongress kali ini diharapkan dapat memberi satu idea
dan pandangan baharu untuk kerajaan merangka dasar baharu untuk bumiputera.
Namun, kongress ini dihadiri oleh ahli korporat yang berada di ‘atas’.
Dasar kerajaan kebanyakkannya membawa pandangan “ini adalah
untuk kebaikan rakyat”. Tetapi proses merangka dan mengambil idea untuk
lakukannya tidak melibatkan rakyat.
Jika TEB yang di cadangkan adalah untuk bumiputera yang masih
ketinggalan, maka proses membuat dasar itu perlu mengambil kira pandangan dan
keperluan rakyat yang di bawah.
Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2023 melaporkan, pada
2022, median pendapatan rumah bulanan bumiputera adalah paling rendah berbanding
etnik Cina dan India iaitu RM5,793, manakala dua lagi adalah RM8,167 dan
RM6,627.
Ketua ekonomi Bank Muamalat, Afzanizam Rashid, menyatakan bahawa
nisbah pendapatan etnik Cina dan Melayu adalah 1:0.709 pada 2022 – menurun
daripada tahun 2014 iaitu 1:0.738.
Namun, jurang antara bumiputera juga tinggi, contohnya di negeri
majoritinya bumiputera iaitu Sabah. Pendapatan isi rumah bukanlah yang paling
rendah iaitu RM5,745 tetapi mencatat kemiskinan tegar paling tinggi dalam
negara iaitu sebanyak 19.5% (Jabatan Statistik).
Kemiskinan mutlak daripada komuniti India – dianggarkan 5.4% –
juga tidak boleh ketinggalan dalam usaha kerajaan membantu bumiputera dan
mereka tidak boleh hanya berharap kepada limpahan ekonomi bumiputera yang
dijanjikan (Kementerian Ekonomi, 2022).
Selepas meneliti hasil kongress kali ini, satu persoalan
terlintas di minda saya: apa bezanya resolusi kongres dengan polisi kerajaan
untuk “memartabat agenda bumiputera” sebelum ini?
Ia masih bercorak “top-down” yang masih tidak diketahui jika ia
dapat bermanfaat kepada golongan “underclass”. Ia dibincang dan diputuskan oleh
ahli-ahli korporat dan dibentang kepada ahli politik demi ‘kebaikan” golongan
yang di bawah.
READ MORE: Limiting PM's position to Malays would be 'textbook
racism'
Unsur inklusif yang wajar dipuji apabila tiada perbincangan
retorik bumiputera di kongres tersebut dan penekanan kepada kerjasama untuk
membangunkan ekonomi bumiputera.
Dalam ucapan penutup kongress oleh perdana menteri, ada
dinyatakan unsur inklusif termasuk tidak hanya bergantung kepada syarikat
berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan tetapi juga
bersama syarikat swasta “terpilih”.
Tambahan pula, majlis ekonomi bumiputera ditubuhkan dan
dipengurusikan oleh perdana menteri sendiri, jawatankuasa pemantauan
dipengurusikan oleh timbalan PM dan jawatankuasa perlaksanaan dipengurusi oleh
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Rekod dan reputasi Zahid Hamidi tidak berapa baik dan
tanggungjawab yang digalas ini menimbulkan syak wasangka.
Perbezaan peranan Teraju dengan jawatankuasa ini juga menjadi
tanda tanya.
Resolusi ke-tujuh daripada kumpulan reformasi pendidikan dan
modal insan adalah untuk memperkasakan kualiti sekolah kebangsaan. Salah satu
strateginya adalah dengan mewujudkan “dana khas kecemerlangan sekolah harian”
untuk membantu pelajar kurang bernasib baik.
Salah satu strategi daripada resolusi pertama (memperbetulkan
sikap bumiputera untuk mementingkan pendidikan dan menyediakan persekitaran
yang sesuai untuk perubahan) adalah semua bantuan dan insentif akan dipastikan
berprinsip bersasar, sebagai contoh berdasarkan kehadian ke sekolah atau
menyambung pelajaran.
Berkenaan dana khas dan insentif ini tidak mencukupi kerana ia
seperti bersifat berdasarkan ganjaran, oleh itu mereka terpaksa pergi ke
sekolah atau menyambung pelajaran. Ia akan memberi kesan juga kepada pelajar
lain di dalam kelas yang betul berminat untuk belajar.
Sepatutnya ada satu resolusi khas untuk menjaga jaringan
keselamatan sosial.
Ketiadaan sistem keselamatan sosial yang kukuh bukan sahaja akan
memberi impak kepada pendidikan, malah semua kumpulan resolusi di kongres itu.
Ini adalah contoh keburukan resolusi yang akan menjadi panduan kepada dasar
yang bersifat “top-down”.
READ MORE: Surat terbuka kepada Kongres Ekonomi
Bumiputera 2024
Kongres kali ini bukanlah untuk membentuk dasar kerajaan. Ia
adalah perbincangan dengan ahli korporat bumiputera tentang apa dasar yang
mereka ingin kerajaan laksanakan dan ia ‘mewakili’ suara bumiputera walaupun
realitinya tidak semua.
Saya menyambut baik usaha untuk membangunkan ekonomi bumiputera
kerana tidak boleh dinafikan yang masih tinggi peratusan bumiputera terutamanya
golongan underclass yang ketinggalan.
Tetapi ia memerlukan pendekatan yang berbeza yang lebih mesra
terhadap golongan di bawah dan yang lebih inklusif untuk mengeluarkan rakyat
tidak kira kaum dari kitaran ganas kemiskinan.
Safiyuddin Sabri merupakan pelajar sains politik yang sedang
menjalani latihan ilmiah di Aliran.
The
views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have
endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other
pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.