Dewan Rakyat kecoh hari ini apabila seorang wakil pembangkang membangkitkan isu orang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri ketika membahaskan usul junjung kasih kepada titah Diraja.
Ucapan Takiyuddin Hasan (PN-Kota Bharu) terganggu beberapa kali apabila beberapa wakil rakyat DAP bangun membantah.
Bagaimanapun, RSN Rayer (PH-Jelutong) bangun dan mempertahankan bahawa kenyataan bekas Pengerusi DAP itu berasas di segi undang-undang.