NORMAN RADZUAN
Saya mengkaji dari 24 Sept hingga 7 Oktober kes lebih seribu di
Korea tetapi Korea tetap meneruskan sektor ekonominya. Begitu juga Jepun negara
pandang ke timur Malaysia yang kesnya 2,500 dari 24 Sep hingga 7 Oktober,
bandaraya sibuk itu tetap meneruskan sektor ekonominya seperti biasa.
Berbeza dengan Singapura yang kes kini sdg menguncup ke 2 digit.
Walaupun baru-baru ini ada kes peningkatan kes di negara tersebut tetapi sektor
ekonomi berjalan seperti biasa.
Adakah pemimpin negara seperti Singapura, Korea, Taiwan, Turki,
UAE dna lain-lain itu mereka tidak pedulikan kesihatan rakyat mereka? Adakah negara
yang peradaban Tamadun beratus tahun dari kita itu mundur cara mereka berfikir.
Jadi saya mengambil konklusi kita wajar meneruskan sektor
ekonomi ini. Syukurlah negara kita ini agak besar... kita mampu mengharapkan
ekonomi digerakkan secara domestik.
Jadi kesimpulan tanya pada diri kita adakah kita mahu tunggu
Covid 19 below 10 utk buka ekonomi?Dlm tempoh awalan Covid19 memang kita setuju
PKP diadakan kerana kita tidak tahu bagaimana cara virus ini menyerang atau
belum mengenali sifat virus ink. Namun selepas 8 bulan atau setahun Covid 19 yg
bermula dari China, Saintis atau pakar perubatan mula mengenali virus ini.
Langkah kerajaan Selangor meminta kerajaan pusat memikirkan
semula PKPB seluruh Selangor adalah wajar. Harga PKP atau PKPB ini sgt mahal
utk ditanggung kerajaan dan rakyat.
Ekonomi kena gerakkan. MAS dan Air Asia sudah beribu membuang
pekerja dan semalam Malindo mengumumkan 2,200 pekerja akan dibuang.
Normal baru kita bukan sahaja memakai mask, jaga jarak sosial
tetapi kita sudah tidak hairan jika pilot bakal bekerja sebagai Grabfood,
Engineer menjadi tukang masak....
Saya ada sediakan rakaman klip video yg telah saya edit mengenai
suasana beberapa negara sekitar September lalu. Bagaimana rakyat negara
tersebut terus menggerakkan ekonomi mereka.
Saya juga ada menyelitkan beberapa hujah pakar, pemimpin dan org
ramai mengenai Covid19. Sekali lagi saya ingatkan tiada paksaan utk menerima
padangan saya... jika anda memilih mahu terus berkurung di rumah silakan...
sama2 kita berdoa semoga kita dipelihara... Ameen.