MACAM ARTIS TERKENAL.KANAK-KANAK BEREBUT MENDAPATKAN TANDATANGAN DARI PRESEDEN PKR
DSAI mengulangi dan mengucapkan jutaan ribuan terima kasih kepada seluruh penduduk Permatang Pauh yang tetap pendirian dan juga seluruh petugas dari seluruh negara yang turut membantu bagi memenangkan kerusi Permatang pauh yang sudah tentu menjadi asas kepada prubahan politik seterusnya.
TERIMA KASIH PENDUDUK PERMATANG PAUH DAN SEMUA RAKYAT
OLEH: Amiruddin Ahmad
Permatang Pauh 30 Ogos-YB Datuk Seri Anwar Ibrahim,memulakan ucapan beliau dengan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh penduduk Permatang Pauh khasnya dan seluruh petugas yang datang dari seluruh negara kerana berusaha dengan bersugguh-sungguh bagi memenangkan kerusi Permatang Pauh.
“Saya bersama wan Azizah serta kawan-kawan pakatan rakyat ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada seluruh penduduk permatang pauh yang tetap pendirian dan petugas seluruh negara kerana bekerja keras memangkan kerusi permatang Pauh , dan menjadi sejarah bagi negara kita. “Demikian ucap pertama selepas pertama kali pulang ke Permatang pauh sempena lawatan beliau selama 2 hari bertemu pengundi.
Selepas kemenangan dan mengetahui keputusan kemenangan di maktab Tuanku Bainon, pada malam kemenangan malam 26 ogos lalu, semua penyokong menyambutnya dengan sembahyang sujut kesyukuran sebagai menandakan betapa kemenangan ini harus di lakukan dengan sebaik yang mungkin dan bukan untuk bersikap takabur dan cara meraikannya ialah dengan melakukan solat sunat sujud di tempat ustaz Mutalib.sebuah pusat pengajian agama bagi penduduk tempatan yang diwakafkan kepada orang ramai oleh ustaz Mutalib ,yang juga memiliki hotel An-Nahdoh dan juga dewan seminar serta masjid.
“selepas mengetahui kemenangan kita semua ke An Nahdoh Ustaz Mutalib dan itu adalah kerana kita menang kerana nak tunaikan janji kepada rakyat, kata lah kalau kita tewas,sudah tentulah kita di bedal bertubi-tubi.melayu ,cina ,India meningkatkan semangat di seluruh negara”
Menurut Dato Seri Anwar lagi kemenangan ini bukan sahaja membuktikan betapa masyarakat seuruh negara mahukan perpaduan kaum dan menyuntik semangat kekuatan dan juga semangat perpaduan.
“Sesungguhnya kemenangan di Permatang Pauh ini adalah detik permulaaan meningkat azam dan semangat seluruh negara bagi seluruh kaum Cina,India, Iban, Kadazan dan ini merupakan satu perubahan yang besar.”
Beliau seterusnya mengkritik dasar kerajaan yang masih gagal membantu rakyat kerana masih takut untuk menurunkan harga minyak dan membantu yang susah kecuali sekadar memberi gula-gula yang sedikit buat rakyat.malah menyalahkan Pakatan Rakyat.Selepas kekalahan, Barisan Nasional menunjukkan sikap mereka yang sebenar.Kenaikan harga barang dan kemiskinan kaum Melayu bukanlah berpunca dari rakyat.
“Dasar perkauman ini menjadi lebih kuat ,harga barang naik bukan kerana orang Cina, orang melayu miskin bukan kerana orang Cina.Masalahnya ialah pimpinan Melayu yang melanggar peraturan undang-undan,rasuah berbillion yang dikaut oleh pemimpin dan inilah yang menjadi puncanya.Jika Cina melanggar undang-undang kita lawan mereka,jika Melayu langgar undang-undang kita lawan mereka , baru kita dapat hidup dengan baik berteras prisip beragama dan undang-undang yang betul.”
Dato Seri seterusnya menjelaskan bahawa televisyen digunakan sepenuhnya semasa kempen pilihanraya dengan menonjolkan berbagai pihak yang tampil untuk bersumpah bagi meyakinkan rakyat kononnya kita tewas dan tidak mendapat sokongan rakyat lagi.Akan tetapi sokongan rakyat tetap tidak berubah,dan inilah yang membuktikan bahawa jasad rakyat boleh dipenjara ,namun minda rakyat tidak boleh dikongkong.
“cuba anda bayangkan jika anda tidak membaca harakah, suara keadilan sudah tentulah anda dapat ,merasakan betapa kempen di Permatag Pauh ini , seolah-olah dimenangi oleh Barisa Nasional kerana saya sendiri pun merasakan sebegitu walau pun yakin memenanginya ,ingatlah betapa pemikiran pemerintah kuku besi yang sentitasa dijajah pemikiranya tetapi gagal untuk konkong pemikiran rakyat .Minda mereka (Pimpinan BN) dipenjara,jasad mereka(pimpinan BN) dipenjara tetapi minda rakyat tidak boleh dipenjara.InsyaAllah mungkin sikit hari lagi TV1 pun kita ubah”
Dato Seri Anwar kemudiannya menyuruh rakyat membaca Al-Quran di bulan Ramadhan ini dan memuliakan Al-Quran untuk dibaca diamalkan dan bukan sebagai alat pihak-pihak tertentu yang menggunakan al-quran untuk memburukkan peribadi orang lain .Ada pihak yang memberi duit dan memaki orang. Beliau merujuk sebagaimana penjelasan Ustaz Ramlang dimana beliau datang dengan sendiri menyatakan bahawa sumpah yang dilakukan oleh Saiful adalah salah.Dato Seri Anwar juga menjelaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh para ulama yang menyokong beliau tidak akan disiarkan baik di kaca televesyen dan dada akhbar.
“Banyak pandangan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh ulama seperti Dato Harun Din,mufti Perak Dato Harussani,bekas Mufti Wilayah Persekutuan Dato Hashim Yahya,Tuan guru Dato Nik Aziz tak keluar berita ,tetapi bila mufti wilayah keluar kenyataan ,cepat-cepat mereka keluarkan didada-dada akhbar. Saya bertanya Ustaz Ramlang kenapa buat begini ,dia tak sanggup melakukannya.Malah Al-Quran bukan bertujuan untuk mengaibkan orang.Saya tidak pernah mengaibkan sesiapa pun dengan mencerca mereka kecuali menyuruh dujalankan siasatan yang telus.”
Maka kerana itu bulan ramadahan untuk membaca dan mengetahui apa yang hak dan apa yang mungkar.Maka Quran ini harus lah diamalkan kerana didalamnya terdapat yang baik dan yang buruk yang patut diamalkan dan ditinggalkan.Semua unsur-unsur penilaian dan penghayatan ini adalah tidak cukup sekadar untuk bersumpah. Dato Seri Anwar seterusnya menegaskan beliau akan menumpukan perhatian di Sabah dan Sarawak dan memberi penegasan bahawa landasan untuk mengambila alih tidak jauh dari tarikh yang diberikan.