TIPU HELAH.

 

MSO


Ada pepatah berbunyi “sekiranya kamu gagal mengalahkan musuh, maka hendaklah kamu bersama mereka.” Pepatah ini suatu tipu helah dan muslihat licit bagaimana untuk selamat diri dan tidak kalah sepanjang masa.



Walaupun ia bersifat munafik tetapi cara ini terbaik, apa lagi hipokrit dalam politik dihalalkan.


Saya melihat tindakan diambil Annur Musa yang bermusuh dengan Pas selama lebih tiga dekad kerana ingin praktis bidalan kata ini. 


Apabila dia sudah letih berlawan dengan Pas di Kelantan dan tidak pernah menang beliau ubah strategik dari melawan kepada berkawan.


Pada saya kemasukannya ke dalam Pas dan diiktiraf oleh setengan pemimpin parti itu terutamanya Setiausaha Agongnya Taki Tembus suatu kejayaan buat Annuar Musa. Namun kerana Annuar pernah disumpah berbakul oleh orang Pas yang dianiayanya strategi itu tidak menjadi.


Memberi peluang dan mengangkat Annuar kononnya panglima itu memburaikan Pas di Nenggiri. Annuar hanya panglima cangkul saja. Kekalahan Nenggiri itu menandakan Tuhan masih sayangkan Pas dari terus diperalatkan oleh perkakas buruk barang buangan Umno. 


Apa yang berlaku di Nenggiri itu sesuatu yang perlu difikirkan semula oleh Pas dan jangan terpancing dengan retorik Annuar Musa. #Ikut aku pitih aku. Trims