Belum sempat tentera US tarik nafas lepas lelahnya, pangkalannya kena serang lagi pagi tadi.
Iran lancarkan serangan balas berikutnya guna peluru berpandu dan dron terhadap dua kemudahan tentera US iaitu Pangkalan Ahmad al-Jaber di Kuwait dan Pangkalan Al-Minhad di UAE.
Mereka sasarkan sistem komunikasi satelit, gudang peralatan dan hangar pesawat pejuang US di pangkalan Kuwait.
Di pangkalan UAE pula, kawasan penempatan anggota tentera dan sistem radar di sasarkan.
Menurut risikan Iran, pangkalan US di Kuwait mainkan “peranan utama dalam logistik dan sokongan kepada tentera penceroboh US di Asia Barat” serta ada “kesan besar terhadap operasi udara dan pengawasan negara tersebut”.
Sementara itu, pangkalan di UAE pula adalah “salah satu pusat penting bagi sokongan dan pengangkutan udara untuk pasukan US”.
Dan ini belum berakhir.
Berdasarkan kenyataan Iran sebelum ini, dijangka ada lagi serangan berikutnya.
Nampaknya tak lena tidurlah tentera US lepas ini.

No comments:
Post a Comment