https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/05/kertas-siasatan-pembelian-6-helikopter-sudah-dibuka-kata-kp-sprm
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/981325/tiada-pendakwaan-kes-perolehan-helikopter-md530g
CnP
Harrison Hassan bekas Setiausaha Sulit kepada Menteri Pertahanan Hishamuddin Tun Hussein untuk tahun 2013 ke 2014 yang kini ADUN Jeram di bawah Perikatan Nasional berjaya memperolehi kontrak pembelian helikopter MD530G. Harison mengunakan syarikat beliau Halaman Optima Sdn Bhd untuk membeli helikopter ringan MD530G dengan nilai kontrttak sebanyak RM322 juta untuk 6 buah helikopter.
Helikopter ringan MD530G buatan gergasi aeroangkasa AS McDonnell Douglas, MD Helicopters Inc, ditempah oleh Kementerian Pertahanan pada 2016 dengan harga RM322 juta. Oleh itu sebuah helikopter yang di beli berharga RM53 juta.
Spesikasi helikopter MD535G
Helikopter MD535G adalah helikopter ringan yang di gunakan untuk pertanian, pemburuan, rekreasi dan pemantauan jarak dekat.
Helikopter ini hanya berkelajuan 240 km/jam dengan jarak penerbangan 400km tanpa tangki tambahan. Ianya mampu terbang selama 1.5 jam sahaja. Mengikut pencarian di laman sesawang harga helikopter ini tanpa senjata hanyalah UD$2 juta atau RM8 juta sahaja. Helikopter ini hanya boleh menbawa senjata ringan sahaja.
Perjanjian pembelian di tanda tangani di antara Halaman Optima Sdn Bhd dengan Mindef pada November 2016. Selepas perjanjian di menterai maka bayaran pendahuluan 35% di beri atau sebanyak RM112 juta.
MASALAH HARRISON HASSAN & HALAMAN OPTIMA SDN BHD
Selepas Harrison dan syarikatnya gagal menyelesaikan bekalan Helikopter tempur ringan MD530G pada tahun 2017 kerana masalah kewangan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien mengarahkan Dato’ Rozabil @ Rozamujib Bin Abdul Rahman (Proksi) Pengarah Urusan Destini Berhad membeli syarikat HALAMAN OPTIMA SDN BHD daripada Dato’ Harrison Hassan dengan nilai RM5.5 juta.
Destini Berhad mengumumkannya di Bursa Malaysia pada 16 Februari 2017 membolehkan pengambilalihan Halaman Optima Sdn Bhd (HOSB) itu bagi membekalkan membekalkan enam helikopter peninjau kepada Kementerian Pertahanan Malaysia.
Pengambilalihan kepentingan sebanyak 70 peratus dalam HOSB dibuat melalui anak syarikat Destini, Destini Prima Sdn Bhd (DPSB).
ENAM HELIKOPTER MD530G SAMPAI FEBRUARI 2022
Sekalipun tahun 2022 Syarikat MD Helicopters daripada Amerika Syarikat membuat permohonan bankrap di bawah Chapter 11 mengikut undang-undang Amerika Syarikat namun pembekal itu berjaya menghantar enam buah helikopter MD530G kepada Kementerian Pertahanan Malaysia. Kesemua enam helikopter itu mengambil masa selama 31 hari untuk tiba di Malaysia selepas pemeriksaan prapenghantaran selesai pada Disember tahun lalu.
KRITIKAN DAN ISU PEMBELIAN HELIKOPTER MD530G
Pembelian enam unit helikopter tempur ringan MD530G bernilai RM322 juta oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) dilanda pelbagai kritikan dan isu kelewatan ketara sejak kontrak dimeterai pada tahun 2016.
Antara isu utama dan kritikan berhubung perolehan ini termasuklah:
Kelewatan dan Kegagalan Patuhi Kontrak
○ Aset yang sepatutnya mula diterima secara berperingkat (dengan jadual asal penerimaan sekitar November 2017) gagal diserah milik kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengikut jadual.
○ Bagaimana boleh syarikat yang telah menerima bayaran permulaan sebanyak RM112 juta mengalami masalah kewangan.
Helikopter ringan tidak sesusi di gunakan untuk pentempuran tentera
○ Helikopter ada banyak kelemahan untuk di gunakan untuk pentempuran seperti jarak perjalanan yang menghadkan pergerakan dan masa pertempuran.
○ Persenjataan untuk helikopter hanya terhad kepada senjata ringan juga di anggap tidak sesuai dan tidak memberi kelebihan berbanding helikopter tempur negara jiran.
Harga yang mahal tak sepadan dengan helikopter ringan
○ Harga sebenar helikopter MD530G ini dengan pensejataan ringan di anggarkan tidak melebihi RM10 juta berbanding dengan harga sebuah yang di bayar Mindef sebanyak RM53 juta sebuah
○ Jika di bandingkan dengan harga, Mindef sepatutnya membeli helikopter tempur yang lebih hebat dan sesuai di gunakan untuk peperangan dan setanding dengan negara jiran.
SIASATAN SPRM BERKAITAN PEMBELIAN MD530G
Namun sehingga sekarang tidak diketahui status kes rasuah Halaman Optima dan Harrison Hassan ini sama ada kekal berjalan atau sudah ditutup. Fail video keterangan pengakuan itu masih tersimpan dengan SPRM jika dibuka semula.
RUNDUNGAN TUN M DENGAN HISHAMMUDIN UNTUK MEMBANTU LANGKAH SHERATON
Maklumat di terima bahawa Tun M mengunakan kes ini sebagai senjata untuk mencapai kesepakatan dengan Hishammudin untuk menarik Ahli Parlimen BN menyertai Bersatu dan menyokong kerajaan baru. Jika bersetuju maka kes dalam siasatan SPRM di tarik balik sebagai balasan.???
Akhirnya 16 Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu dan akhirnya sisatan rasuah kes helikopter MD530G tidak di teruskan.???
Pada Februari 2023 Datuk Rozabil Abdul Rahman mengumumkan persaraannya sebagai Pengerusi Eksekutif yang telah berkhidmat selama 12 tahun bersama kumpulan itu, dengan alasan “untuk mengejar kepentingan peribadinya”. Beliau juga sekarang adalah Ketua Bahagian UMNO Arau selepas tewas dalam PRU15 lalu menentang bekas bosnya Datuk Seri Shahidan Kassim. Beliau turut melepaskan pegangan sahamnya dalam Destini Berhad dan digantikan dengan budaknya Abdul Rahman Rejab. Rozabil sebelum ini memegang pegangan langsung sebanyak 6.229% dan pegangan tidak langsung sebanyak 9.527% dalam Destini.
Kesimpulan
Semua yang terlibat dalam skandal perolehan ini adalah orang UMNO dari Menteri Pertahanan, Syarikat yang memperolehi kontrak iaitu Syarikat Halaman Prima Sdn Bhd dan Syaikat yang mengambil alih Destini. Percaturan politik ketika itu telah menghalalkan kes rasuah dan Hishammudin terselamat.
Persoalannya adakah SPRM sekali lagi membawa kes ini ke makhamah dan menghukum pelakunya.
JIKA DAKWAAN INI BENAR MAKA KERAJAAN MADANI HARUS MENERUSKAN SIASATAN DAN MENDAKWA MEREKA YANG TERLIBAT
KUALA LUMPUR: Tiada pendakwaan akan dilaksanakan berhubung kes pembelian helikopter tempur ringan MD530G bernilai lebih RM300 juta yang lewat diterima oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata perkara itu diputuskan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menjalankan siasatan.
"Bagi kes pembelian helikopter MD530G, siasatan selesai dijalankan.
"Berdasarkan kertas siasatan, AGC memutuskan tiada pendakwaan atas kesalahan rasuah yang dilakukan oleh mana-mana individu bagi isu ini," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang bertanya sejauh mana Menteri Kanan Pertahanan dan pegawai Kementerian Pertahanan dipanggil SPRM untuk tujuan penyiasatan berkaitan dakwaan rasuah dan penyelewengan berkaitan perolehan Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) dan helikopter MD530G.
Pada 13 Jun 2019, Kementerian Pertahanan membuat laporan kepada SPRM berhubung pembelian enam helikopter MD530G bernilai lebih RM300 juta pada 2015, yang ketika itu belum diterima ATM.
Media ketika itu melaporkan, kelulusan kontrak pada November 2015 bagi pembelian helikopter keluaran syarikat gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat (AS), McDonnel Douglas, dibuat secara rundingan terus dengan ejen syarikat berkenaan yang berpangkalan di Malaysia, selain ia tidak melalui prosedur sepatutnya, dengan kebanyakan terma kontrak merugikan kerajaan.
Kontrak itu juga dilaporkan diluluskan dalam keadaan tiada spesifikasi ketenteraan mengenai pembelian helikopter itu, sedangkan ia perkara wajib dalam pembelian aset tentera.
Pada 13 Jun lalu, Destini Bhd dilapor menyelesaikan penghantaran enam helikopter MD530G kepada tentera Malaysia selepas menamatkan 'Final Acceptance Test'.
Berhubung siasatan membabitkan perolehan LCS, Wan Junaidi memaklumkan perkara itu masih dalam siasatan SPRM.
"SPRM memanggil saksi yang terbabit daripada pelbagai pihak termasuk Kementerian Pertahanan," katanya.


No comments:
Post a Comment