Fathi Aris Omar
KJ, Umno boleh lipat PH dan PMX tetapi Umno sudahnya kena ratah dengan PAS dan PN juga 😄
Nasib Umno tidak lebih baik daripada Melaka pada 2021 - nampak gah tetapi datang 2022 - lebur!
Malas hendak tulis lain. Saya ulang coretan lepas.
Coretan 6 Ogos 👇👇
Umno tempah maut dalam kerjasama PN + BN 👇 sebab strategi tidak untung untuk jangka panjang.
Atau Umno tidak percaya pada PAS? Macam DS Zahid Hamidi pernah ragui TS Abdul Hadi Awang?
Atau Umno mahu beri pada PAS tetapi risau PAS tidak akan beri pada Umno di negeri taklukannya?
Jika Umno enggan tolak ansur, PAS-PN tentunya sukar tolak ansur di negeri yang dimenanginya.
Kalau Umno mahu bolot di Melaka, PAS-PN tentu susah runding kerusi di Perak dan Selangor..
Perak, Umno ada sembilan kerusi dan Selangor, Umno ada dua seperti PN ada dua di Melaka.
Jangan sembang di SG4, langsung tiada kerusi. Jadi Umno tidak mahu pulih di enam negeri ini? Atau masih ego, mahu pulih guna kudrat sendiri?
Mari kita semak keputusan sejak awal PRN ke-15
PRN 2021
Melaka BN 21 PH 5 PN 2
PRN 2022
Johor BN 40 PH 12 PN 3
PRU 2022
Perlis BN 0 PH 1 PN 14
Perak BN 9 PH 24 PN 26
Pahang BN 17 PH 8 PN 17
PRN 2023
Kedah BN 0 PH 3 PN 33
Kelantan BN 1 PH 1 PN 43
Terengganu BN 0 PH 0 PN 32
Pulau Pinang BN 2 PH 27 PN 11
Selangor BN 2 PH 32 PN 22
Negeri Sembilan BN 14 PH 17 PN 5
PRN 2026
Johor BN 48 PH 8 PN 0 (beri undi pada BN)
Negeri Sembilan BN 18 PH 11 PN 7 (BN + PN)
Apa formula rundingan kerusi PN + BN?
Jika guna formula status quo (menang sedia ada), seperti di Melaka, Umno akan jadi parti kedua umat Melayu, tiada harapan pulih.
PAS akan muncul tonggak baharu Melayu. Hingga parti ini kemudian gagal, berpecah atau merosot.
Sebab itu saya suarakan, sokong PAS sekarang. Biarkan Umno mereput, sudah habis tempoh!
Coretan 13 Julai 👇👇
Formula di Johor akan dibawa ke Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Perak dan Pahang. Malah, mungkin sampai ke Pulau Pinang. Tunggu PRU.
Namun, jangan salah faham. PAS tidak berniat tolong Umno. Cita-cita perjuangannya masih sama, tetap istiqomah: PAS Ganti Umno (PGU).
Sasaran sebenar PAS adalah DAP (dan PH). Ia tidak boleh terima DAP, ibarat luka lama berdarah kembali setiap kali terkenang DAP berkuasa.
PAS alami trauma berpakat dengan DAP dulu. Jadi projek di Johor ini untuk tebus dosa-dosa silam. Sebab itu saya sebut taubat nasuha (politik) 😀
Kalau kita fikir sekali lagi, kenapa semua ini terjadi?
Ceritanya seringkas ini. Beri perhatian untuk faham:
1 PAS tidak sayang Umno
2. Memang niat PAS untuk jatuhkan Umno
3. Sewaktu PAS serang Umno, DAP berkuasa
4. Dalam fasa peralihan ini (point 3), PAS dan Umno sama-sama kerugian. Menang jadi arang (macam Umno dan DAP sekarang), kalah jadi abu (PAS-PN).
5. Jadi PAS mesti kecilkan pengaruh DAP dahulu dengan lemahkan sekutunya PKR. DAP ini onak dan duri pengganggu PAS.
6. Jika tiada lagi faktor ini (point 3, 4 dan 5), maka pertembungan agung seterusnya: PAS ganti Umno.
Atau macam dahulu, Umno dominan, PAS melukut.
Jelas semua?

No comments:
Post a Comment