𝗕𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹𝗼𝗶 𝗞𝗲 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗡𝗮𝗸 𝗦𝗽𝗲𝗻𝗱 RM300 𝗝𝘂𝘁𝗮 𝗦𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗕𝗮𝘄𝗮𝗸 F1 𝗕𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗞𝗲 𝗦𝗲𝗽𝗮𝗻𝗴 ??

 

JAMIL






𝗕𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹𝗼𝗶 𝗞𝗲 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗡𝗮𝗸 𝗦𝗽𝗲𝗻𝗱 RM300 𝗝𝘂𝘁𝗮 𝗦𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗕𝗮𝘄𝗮𝗸 F1 𝗕𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗞𝗲 𝗦𝗲𝗽𝗮𝗻𝗴 ??

Aku bukanla pakar ekonomi, bukan orang dalam Formula 1 dan bukan juga orang yang expert pasal benda ni.
Ni cuma humble opinion aku sebagai seorang peminat yang pernah pergi tengok F1 secara live.
Tahun lepas aku pergi tengok Singapore Grand Prix.
Aku spend almost RM8,000 untuk sorang:
RM5,100 — tiket grandstand
RM1,500 — accommodation, total RM3,000 bahagi 2 dengan kawan aku Zamir Zaidin
RM1,000 — makan, minum dan transportation
Jumlah lebih kurang RM7,600 untuk beberapa hari.
Punya la best sampai aku buat rumah baru aku punya gaming room pakai konsep Mercedes-AMG Petronas Formula 1.
Aku suka F1 ni sebab Aku suka disiplin diorang. Aku suka accuracy, teamwork, strategy dan macam mana setiap orang dalam team kena mainkan peranan dengan tepat.
Dalam F1, beza antara menang dan kalah
Kadang-kadang cuma 0.1 saat. Kadang tu 0.001 saat je
Satu kesilapan kecik boleh hancurkan hasil kerja ratusan orang.
𝗧𝗵𝗮𝘁 𝗟𝗲𝘃𝗲𝗹 𝗢𝗳 𝗣𝗿𝗲𝗰𝗶𝘀𝗶𝗼𝗻 𝗜𝘀 𝗣𝗼𝘄𝗲𝗿𝗳𝘂𝗹
Dan aku bukanlah kategori hardcore fan yang follow F1 sejak kecil. Aku sendiri mula betul-betul minat selepas tengok Drive to Survive di Netflix.
𝗧𝗵𝗮𝘁 𝗜𝘀 𝗧𝗵𝗲 𝗣𝗼𝘄𝗲𝗿 𝗢𝗳 𝗠𝗼𝗱𝗲𝗿𝗻 F1
F1 sekarang bukan F1 yang kita tinggalkan pada tahun 2017
F1 sekarang global fanbase diorang cecah 827 juta orang pada tahun 2025, naik 63% berbanding dulu 2018. Netflix bukan satu-satunya faktor, tapi dia jadi door opener untuk new fanbase.
Aku sendiri adalah salah seorang daripada mereka.
Dulu orang tengok F1 sebab kereta dan racing.
Sekarang orang follow sebab mereka kenal driver, team principal, rivalry, strategy, politics dalam team, pressure dan journey behind every victory.
F1 dah berubah daripada sekadar motorsport kepada satu bentuk global entertainment and lifestyle product.
Tapi F1 pada October di Sepang ni ramai orang salah faham, orang ingat Malaysia dah ambil semula Formula 1
F1 GP 2 - 4 Oktober 2026 di Sepang kalini bukannya Malaysia dah sign kontrak long term nak main semula Malaysian Grand Prix masuk dalam jadual tahunan diorang
Kalini punya event sebenarnya Gulf Air Bahrain Grand Prix tapi buat dekat Malaysia. Event ni sebenarnya Bahrain yang organize, tapi diorang pindah ke Sepang sebab situasi sekarang dekat Timur Tengah.
Report daripada Reuters stated Bahrain yang akan tanggung kos penganjuran walaupon buat dekat Sepang
Jadi kita kena bezakan dua perkara:
One-off Bahrain GP yang berlangsung di Malaysia pada Oktober, dengan keputusan sama ada Malaysia nak commit tak RM300 juta setahun untuk buat Malaysian Grand Prix sendiri dan masuk dalam jadual F1.
Dua benda yang berbeza.
Singapore dah tunjuk macam mana F1 boleh jadi satu economic carnival
Sejak Singapore Grand Prix mula tahun 2008, dan jadi first dalam sejarah night race dalam motorsport, event ni dah bawak masuk lebih 720,000 pelawat antarabangsa dan generate more than S$2.2 bilion incremental tourism receipts.
Dia mai daripada mana nilai tu ? semua sector dapat benefit termasuk la hotel, restoran, pengangkutan, pusat tarikan, shopping dan retail.
Orang datang bukan sekadar tiga hari untuk tengok kereta.
Mereka book hotel, makan, shopping, naik Grab, pergi concert, melawat tourist attraction places dan ada yang sambung percutian.
𝗦𝗶𝗻𝗴𝗮𝗽𝗼𝗿𝗲 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗝𝘂𝗮𝗹 𝗥𝗮𝗰𝗲 𝗦𝗲𝗺𝗮𝘁𝗮
𝗦𝗶𝗻𝗴𝗮𝗽𝗼𝗿𝗲 F1 𝗚𝗣 𝗝𝘂𝗮𝗹 𝗘𝘅𝗽𝗲𝗿𝗶𝗲𝗻𝗰𝗲
And Concert yang F1 bawak pon bukan biasa-biasa. Last year diorang bawak G-Dragon dengan Alan Walker
Sepang pula actually bukan trek biasa-biasa
Sepang antara track yang ramai driver suka. Tambah pula cuaca Malaysia. Panas, lembap dan hujan boleh turun pada bila-bila masa.
Benda ini boleh buat racing dekat Sepang sangat mencabar untuk driver, engineer dan strategist. So untuk fans yang datang tengok ni, jadi lagi BEST
That unpredictability is exactly what makes racing exciting.
𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗼𝘁𝗲𝗻𝘀𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿
Sepang dekat dengan KLIA.
Kita punya tempat jauh lebih murah daripada bandar F1 lain. Kalau aku habis almost RM8k dekat singapore, kalau buat dekat sini of course boleh dapat lagi murah.
So rakyat Indonesia, Thailand, Singapore, Brunei dan negara Asia yang lain mesti nak datang tengok dekat Track sepang sebab murah
Kita ada Petronas, jenama Malaysia yang sangat famous dengan Formula 1. Sapa tak kenal Mercedes AMG Petronas and Lewis Hamilton, 6 kali dia menang world championship dengan Mercedes AMG Petronas
Tambah lagi season ni pon Mercedes tengah leading jauh dengan driver baru Kimi Antonelli and russell
Tetapi kalau nak jadikan investment ni berbaloi, Malaysia tak boleh hanya bayar hosting fee, buka pintu litar tiga hari, kemudian harapkan duit akan masuk dengan sendiri.
𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝘀𝗮𝘁𝘂 F1 𝗪𝗲𝗲𝗸, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 F1 𝗥𝗮𝗰𝗲
Boleh ada concert, tourism packages, fan zones, automotive exhibitions, business conferences, local vendor participation, showcase usahawan Malaysia dan pakej sambungan ke Langkawi, Penang, Sabah atau destinasi lain.
Hotel, airline, shopping mall, restaurant, tourism operator dan local brands mesti sama-sama support and amik peluang.
𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗰𝘂𝗺𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗹𝘂𝗺𝗯𝗮𝗮𝗻. 𝗞𝗲𝗻𝗮 𝗰𝗿𝗲𝗮𝘁𝗲 𝘁𝗵𝗲 𝘄𝗵𝗼𝗹𝗲 𝗲𝗰𝗼𝘀𝘆𝘀𝘁𝗲𝗺
Jadi, berbaloi atau tidak?
Pada pandangan aku, jawapannya:
Ada potensi jadi sangat berbaloi, tetapi bukan buta-buta
Kalau kerajaan kena tanggung semua RM300 juta setiap tahun without private sponsors, tanpa strategi pelancongan yang clear mungkin jadi tak berbaloi
Tapi aku percaya pihak kementerian dan mereka yang bertanggungjawab ada data yang lebih lengkap untuk buat keputusan terbaik.
Cuma satu benda yang kita kena faham:
F1 yang tinggalkan Malaysia masa 2017 tak sama dengan F1 hari ni






No comments: