Penderaan ke atas adik Bella yang kesnya sedang dibicarakan di
mahkamah ketika ini seharusnya membuka mata pihak kerajaan untuk menyediakan
akta khusus kepada pekerja sosial, terutama yang menguruskan kanak kanak.
Menurut calon Ketua Wanita KEADILAN pusat, Senator Fadhlina Sidek,
Rang Undang Undang Akta Profesional Kerja Sosial dan Pekerja Belia amat penting
diwujudkan bagi memberi panduan jelas kepada penggerak masyarakat berkaitan
sosial yang banyak dilakukan secara sukarela ketika ini.
"Ramai yang meminta saya mengulas berkaitan isu yang hangat
baru-baru ini. Sebagai seorang peguam, ada beberapa etika guaman yang perlu
saya akur dan tinggi harapan saya agar peguam terlibat secara langsung mahupun
tidak langsung dengan kes ini juga sentiasa kembali ke etika tersebut.
"Konsepnya jelas, bahawasanya kes ini telahpun mendapat
perhatian awam dan turut mendapat reaksi eksklusif di peringkat tertinggi.
"Malangnya, tindakan di peringkat Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) adalah bertitik tolak kepada respon
awam dan bukanlah sebagai pemegang taruh utama yang menjadi barisan hadapan
yang melindungi mangsa itu sendiri.
"Ia merupakan kegagalan sebuah kementerian yang gagal
melindungi serta mempertahankan kanak-kanak dan hanya memberi respon kepada
seruan yang dramatik," katanya.
Beliau turut menegaskan RUU Profesional Kerja Sosial dan Pekerja
Belia sangat perlu dibentangkan dan diluluskan di Dewan Rakyat memandangkan
pelbagai rumah kebajikan yang diwujudkan dewasa ini oleh orang perseorangan
mahu pun NGO tidak mempunyai peraturan yang standard dalam kalangan pihak yang
menguruskannya.
"Yang Berhormat Menteri KPWKM sepatutnya menggesa agar Akta
Profesion Kerja Sosial dan Pekerja Belia dapat disegerakan bagi membendung isu
yang sama berulang di masa hadapan. Ini tanggungjawab mutlak pembuat dasar dan
bukannya menyumbang kepada satu siri kunjungan yang kononnya dapat menutup mulut
netizen.
"Manakala #Justice4Bella
adalah gerakan massa yang penting ketika ini untuk menggerakkan kesedaran
perlindungan dan hak kanak-kanak.
"Semoga masyarakat dan komuniti akan sentiasa cakna dengan
kumpulan kanak-kanak dan belia rentan seperti Bella. Ini adalah masa yang
paling genting dan boleh dimaknai dengan meratakan maklumat, infomasi dan
pengetahuan am berkait tata kelola rumah perlindungan dan evolusi kebajikan
yang tuntas di negara ini," katanya lagi.
Untuk rekod, banyak pihak mendesak tindakan penderaan ke atas
kanak-kanak sindrom down dikenali sebagai Bella perlu dijadikan asas untuk
bertindak mengawasi lebih menyeluruh pengurusan rumah rumah kemajikan.
Tanggungjawab tersebut harus dipikul oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) yang membenarkan pengoperasian rumah rumah kebajikan, biar pun
banyak tidak berdaftar dengan agensi tersebut.

bukannya menyumbang kepada satu siri kunjungan yang kononnya dapat menutup
mulut netizen.