Negara luar kurang kerjasama tangkap Jho Low – Hamid
Polis Malaysia telah berusaha sedaya upaya untuk membawa pulang penjenayah yang terlibat dalam kes penyelewengan 1MDB.
Bagaimanapun, menurut Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador, pihak berkuasa negara-negara terbabit enggan bekerjasama dengan Malaysia.
Bagaimanapun, menurut Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador, pihak berkuasa negara-negara terbabit enggan bekerjasama dengan Malaysia.
“Terdapat beberapa negara yang enggan mengakui kewujudannya. Kami tahu di mana dia berada.
“Kami ada butiran dan dokumen serta rekod perjalanannya namun beberapa negara mengatakan dia tiada,” katanya selepas menghadiri majlis serah tugas di bu pejabat polis Bukit Aman hari ini.
September lalu, Abdul Hamid berharap Jho Low akan dibawa pulang pada akhir tahun ini untuk membantu siasatan berhubung skandal berbilion dollar melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Saya akan berusaha sedaya upaya untuk mempercepatkan (proses) … semoga kita dapat membawanya kembali menjelang akhir tahun ini,” katanya.
Abdul Hamid turut berjanji akan berusaha keras untuk membawa balik penjenayah itu ke negara ini.
“Kita akan teruskan usaha untuk menangkapnya.
“Kita tidak akan berdiam diri sehingga dia dan keluarganya tertangkap kerana mencuri dari negara kita.
“Kita mahu dapatkan semula semua harta dan wang,” katanya lagi