Oleh ZOLKHARNAIN
ABIDIN / November 16 , 2021
Pasal itulah saya
panggil pemimpin parti tunggang agama itu sebagai lebai. Pasal apa? Pasal
bercakap ikut sedap mulut. Pantang boleh mekropon, merapu
selalulah. Lebailah katakan!
Ya, saya tahulah, bukan
semua lebai merapu. Tapi lebai parti tunggang agama ini memang kaki merapu.
Bukan takat merapu, meraban lagi.
Hat baru sekali, lebai tu kata, PH bawa agenda
komunis. Ni lebai, bagi tau la, apa agenda komunis yang PH
bawa? Takat kata macam tu, sapa pun boleh
kata.
Bila saya kata parti tunggang
agama buat kerja menunggang agama, saya sebut contoh. Ni saya bawak tiga contoh
parti lebai tunggang agama:
(1)
Orang lain buat haram, lebai buat halal.
(2)
Baca ayat Quran tala kat orang lain, lupa kat diri sendiri.
(3)
Sembang berjuang Islam, tapi sokong pengkhianat.
Okay, lebai bawak pula contoh PH bawa
agenda komunis. Saya nak tahu jugak. Sebab, setakat yang saya tahu, kawan rapat
parti komunis adalah kawan parti tunggang agama.
Apabila hangpa bohong,
orang tau hangpa bohong.
Saya kesian
kat hangpa. Dahlah bohong dapat dosa, undi pun hangpa tak
dapat.
Sudah-sudahlah
lebai. Bawa betobatlah!